9 May 2017

Kolokium STEM: Prospek Kerjaya Dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Math

Hari ni saya menerima jemputan untuk menghadiri kolokium sains, teknologi, kejuruteraan dan math untuk outreach Zon Tengah di USIM, Nilai Negeri Sembilan. Saya share disini link bahan bahan pembentangan kolokium untuk guru kaunseling study mengenai keperluan industri masa hadapan dan jenis kerjaya untuk bimbingan kerjaya murid.



Dgn suhu aircond yg sgt sejuk meransangkan lagi suhu badan saya dan selsemaku..well bilala nak baiknya :(
Pameran mengenai STEM juga sangat menarik dgn ditemani oleh 2 org guru Sains sekolah, kami meneroka game dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg dijalankan.
Menarik kolokium ini kerana pengetahuan saya mengenai STEM ini meningkat dan saya dapat memberikan penerangan betapa sbg guru kita perlu meransang dan memupuk minat murid dalam bidang STEM untuk digunakan dalam kehidupan seharian.


Seminar yg dijalankan benar benar dapat membuka mata saya mengenai prospek kerjaya di masa akan datang dgn nama nama kerjaya yg pelik pelik dan tak pernah saya ambil maklum mengenainya. Jenis jenis kerjaya tradisional spt kejuteraan awam, mekanikal, elektrikal dan tetiba ada 50 lagi nama kerjaya cabang kejuruteraan yg wow..apa tu..hihi tersengih sengih sesama geng guru kaunseling yg lain. Jadi dgn adanya perkongsian dari tokoh tokoh yg berjaya dlm bidang STEM ini, dapat membantu guru kaunseling untuk menerangkan kpd student tentang prospek kerjaya di mada akan datang.

Pendidikan Menerusi Penerokaan

Definasi
Pembelajaran bersepadu disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yg mengaplikasikan konteks dunia sebenar dgn menghubungkan institusi pend, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masy berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara

Konsep
Pendidikan spjg hayat yg merangkumi pembelajaran bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum, bukan formal mll aktiviti koakademik dan kokurikulum,dan tidak  formal mll pembelajaran tidak langsung di setiap peringkat umur bermula peringkat awal kanak kanak , pend rendah, pend menengah rendah, menengah atas, tertiari dan di peringkat industri/komuniti

Matlamat
Melahirkan murid berliterasi STEM yg berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM  yg mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka.

Ekosistem Pend STEM
Pendidikan STEM bermula dari peringkat awal pend kanak kanak sehingga ke peringkat industri/komuniti yg boleh menyumbang kpd melahirkan masy yg mempunyai literasi STEM.

Di peringkat awal kanak kanak, pendidikan STEM memfokuskan kpd pencetusan dan pemupukan minat murid terhadap pembelajaran STEM mll aktiviti yg meransang sifat ingin tahu.

Di peringkat pend rendah, murid didedahkan dgn asas pengetahuan STEM dan mengaitkan pengetahuan mereka dgn situasi dlm kehidupan seharian mll aktiviti penyiasatan dan penerokaan yg menyumbang pengalaman bermakna.

Di peringkat menengah rendah, potensi murid dipertingkatkan dgn pembinaan dan pembangunan kemahiran STEM mll aktiviti penganalisaan isu global dan penyelesaian masalah. Peringkat ini adalah kritikal yg menentukan kelestarian minat murid dlm bidang STEM.

Di peringkat menengah atas, pend STEM memfokuskan kpd aktiviti pengukuhan dan pengayaan kemahiran STEM mll aktiviti yg boleh mempamerkan konsep STEM pd peringkat tinggi.

Di peringkat tertiari pendidikan STEM memfokus kpd kesediaan murid menghadapi cabaran dlm menghadapi alam kerjaya STEM mll aktiviti penyelidikan yg melibatkan penguasaan kemahiran abad ke 21.

Positive mental attitude
Passion, attitude and skills😀




















 

Telegram Channel