18 September 2017

Lawatan Penanda Aras Ke UBK SMK Puchong Perdana, Selangor

Hari ini seramai 42 guru kaunseling PPW Pudu  ke SMK Puchong Perdana dgn niat untuk mempelajari mengenai pengurusan UBK di sekolah ini. Dikenali antara ikon UBK di Selangor kerana pelbagai kejayaan yg diterima oleh unit bimbingan kaunseling sekolah ini sama ada di peringkat daerah, negeri malahan kebangsaan.
Menyertai pertandingan amalan kaunseling dan pengurusan kaunseling terbaik peringkat kebangsaan 2016 membuatkan saya mengenali ketua kaunselor ini iaitu Pn Julia dan teamnya seramai 5 org guru kaunseling di sini. Booth kami bersebelahan dan membuatkan kami saling berkongsi amalan.
Saya berkenan mencadangkan sekolah ini untuk lawatan penanda aras bagi mempelajari kekuatan UBK sekolah ini untuk ditambah baik di sekolah sendiri. Sekolah ini mendapat pengiktirafan johan bilik kaunseling teraputik dan berfungsi di negeri Selangor dan sekolah yg mempunyai laluan PPDa yg mantap dan pernah mendapat naib johan laluan PPDa peringkat Selangor. Dari segi pengurusan merupakan johan peringkat Selangor dan top 4 peringkat kebangsaan pada tahun lepas.
Dokumentasi sekolah ini terbaik hingga mendapat pengiktirafan johan buku dokumentasi peringkat kebangsaan. Huhu saya snap helaian demi helaian untuk rujukan saya dan buat layout mcm tu sgt kemas. Saya juga tertarik dgn stor UBK ini yg menyimpan bahan dlm kotak kotak yg rapi dan dilabelkan. Sangat kemas dan menarik.

Jom guru kaunseling buat lawatan ke sini:)

#kaunseling untuk semua







































































 

Telegram Channel