Total Pageviews

26 September 2017

Mesyuarat Agong Zon Pudu Dan Hi Tea 2017





Bengkel di Morib yg sepatutnya tamat pkl 12 tgh hari tetapi saya dah minta excuse pkl 10 pagi untuk ke Hotel Ridz Carlton di Bukit Bintang. Makanya pada pukul 10 pagi drive dari Morib ke KL sejam 20 minit untuk bersama sama ahli Guru Kaunseling Zon Pudu. Aktiviti tahunan yg huhahuha gelak sakan mencuit perasaan ntah mcm mcm perkara nak dibualkan.

Saya terlepas mesyuarat agong tapi tahniah pada partner saya Pn Rozinani selaku Timbalan Pengerusi MGK Zon Pudu. Dan pengerusi kami ialah Azni dari SMAWP KL. Setiausaha Azyan sicantik dari SMK Puterijaya. Terima kasih Kak Huda yg menjadi pengerusi untuk dua tahun. Semoga khidmat bakti barisan AJK untuk dua tahun tersebut diredhai dan dirahmatiNya. Acara penyampaian sijil dan hadiah kepada barisan AJK disampaikan oleh tuan Rofii selaku penolong pengarah kaunseling JPWPKL. 

Terima kasih juga kpd barisan guru kaunseling yg telah berpindah keluar zon seperti Zurita, Padali yg bertukar Ke KPM, Azmi yg bertukar ke PPD, En Chua yg bersara..terima kasih atas jasa anda di Zon Pudu. Penyampaian cenderahati yg tidak seberapa dari kami.

Tahniah kpd barisan subzon C yg telah berjaya menganjurkan program ini. Dengan ahli ahli yg aktif menjadi AJK yg tentunya dari org kuat Pn Kang dan Nabira.  Dengan penangan Kang yg hebat mencari tajaan maka dapatlah menjalankan aktiviti mesyuarat dan makan makan di hotel 5 bintang.ni.
Yang penting aktiviti makan makan sambil bertukar hadiah diteruskan, tradisi ahli guru kaunseling Pudu untuk mengeratkan bonding antara kami. Penerima hadiah akan rasa suprise nak tau siapala yg akan bagi hadiah. Dan pemberi hadiah pula rasa suprise nak cabut nama yg perlu diberikan hadiahnya.
Menarik kan.
Terima kasih kepada penyumbang yg sudi menaja cabutan bertuah. Semoga murah rezeki anda. Oh yeah..saya antara penerima cabutan bertuah :)
#Tq to my fav taxi driver
Pak Majid..



































































































































No comments: