19 October 2017

Kertas Kerja Ganjaran Murid Kehadiran Penuh Ke Taman Wetland Dan Agensi Nuklear Malaysia

KERTAS KERJA
GANJARAN LAWATAN
ZOOM IN KEHADIRAN PENUH
MURID KE SEKOLAH 2017


1.0     PENGENALAN
          Bulan November merupakan bulan terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Pada ketika ini banyak silibus mata pelajaran telah habis untuk tahun tersebut. Oleh kerana itu, program akhir tahun sesi persekolahan dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi mengisi aktiviti pengajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Memandangkan silibus pengajaran telah tamat untuk aktiviti di kelas, maka program pengisian luar bilik darjah yang dapat meransangkan minat murid untuk ke sekolah dirangka. Pembelajaran sebenar seperti lawatan lebih membuka mata murid dengan pengalaman yang dirasai kerana dapat melihat dan menjalankan sesi soal jawab dengan personalia tertentu di tempat tersebut. Program ini juga dijalankan kerana memberikan ganjaran untuk murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah sepanjang Januari hingga November 2017.

2.0     OBJEKTIF
1)       Agar murid dapat mempelajari melalui pengalaman sebenar dengan lawatan
2)       Agar murid dapat menjalankan tugasan di tempat lawatan melalui sesi temubual      dan pemerhatian di tempat sebenar.
3)       Agar murid dapat diberikan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh           ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah

3.0     TARIKH
          16 November 2017 (Khamis)

4.0     TEMPAT
          Taman Wetland Putrajaya dan Agensi Nuklear Malaysia, Bangi

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
                            Pengetua
          Naib Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
                                    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
          Setiausaha       : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Pengangkutan: Puan Rozinani Bt Awang
                                        Cik Afiqah Bt Mohd Sidek
                                        Puan Raudzah Bt A. Rahman
                                        En Mohd Nasrun B Ahmad

6.0     TENTATIF PROGRAM
          8.00 pagi      : Bertolak ke Taman Wetland, Puterajaya
          9.00 pagi      : Dijangka tiba di Taman Wetland, Puterajaya
                              : Aktiviti riadah dan meneroka keindahan alam sekitar
          12.00 tgh hari : Makan tengah hari / Solat Zohor
          1.20 tgh hari   : Bertolak ke Agensi Nuklear Malaysia
          2.00 petang  : Dijangka tiba di Agensi Nuklear Malaysia
          4.15 petang  : Bertolak ke sekolah
          5.00 petang  : Tiba di sekolah

7.0     SUMBER KEWANGAN
          Pendapatan
          Kokurikulum  :                                       = RM 1,200
          Koperasi       : RM 10 x 80 orang           = RM    800
          Jumlah         :                                       = RM 2,000
          Anggaran Perbelanjaan
          Makanan      : RM 2.50  x 80       orang = RM   200  
          Pengangkutan : RM 500 x 2 bas            = RM 1,000
          Taman Wetland: RM 10 x 80 orang        = RM   800
          Jumlah         :                                       = RM 2,000
8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang   diharapkan.

          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)       

To my Chloe, Bowie and Cream O
Please behave ..sini kampung ye
                                              
 

Telegram Channel