Hari ini kami kesekolah untuk menyiapkan macam -macam. Pemantauan PPD buka sekolah nanti, penambahbaikan dokumen amalan terbaik disiplin dan kertas kerja program pt3 . Saya sharekan kertas kerja kami untuk rujukan :)
KERTAS
KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN
BADAN
BERUNIFORM
PROGRAM
SELEPAS PT3
1.0 PENGENALAN
Program Selepas PT3 adalah program
yang dijalankan untuk mengisi program selepas
PT3 bagi murid-murid tingkatan tiga. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan program dengan pengisian ceramah
jati diri, membina khemah,
mempelajari pertolongan cemas yang asas dan mempelajari cara menghidupkan api untuk memasak dalam kem. Dengan
aktiviti luar bilik darjah yang
menyeronokkan diharapkan murid – murid dapat hadir ke sekolah.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar dapat meningkatkan pengetahuan murid
mengenai asas perkhemahan
2) Agar dapat meningkatkan kerjasama antara
murid yang berbilang bangsa melalui
aktiviti kokurikulum
3.0 TARIKH
5 November
2017 (Jumaat)
4.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
Naib
Pengerusi: Puan Maznah Bt Musa
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK : Puan Salina Bt Mohd Isa
:
Puan Rozinani Bt Awang
:
Puan Tipah Bt Ngah
5.0 Tentatif Program
7.30 pagi : Ceramah
Jati Diri
9.30 pagi : Rehat
10.00 pagi : Stesen
1 : Memasang khemah
Stesen
2 : Asas pertolongan cemas
Stesen
3 : Asas berkawad
Stesen
4 : Asas memasak di hutan
12.00
t/hari : Gotong - royong
12.30
t/hari : Bersurai
6.0 Anggaran Kewangan
Sumber Kewangan
Kokurikulum =
RM 600.00
Perbelanjaan
Ceramah : = RM 300.00
Sandwich : RM 1.50 x 130 orang =
RM 195.00
Air : RM 21.00 x 5 tong = RM 105.00
Jumlah =
RM 600.00
7.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program ini, maka objektif
tercapai sesuai dengan anjakan ke
10 transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang merujuk kepada keberhasilan murid dengan
setiap ringgit yang dibelanjakan.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua
Ikea Cheras
Delicious karipap make my day ;)