9 April 2018

Kolaborasi Juara SMK Cheras ke SMAWPKL




Seawal pukul 6.00 pagi saya dah keluar rumah untuk ke sekolah menguruskan anak anak Juara yg akan berkampung di SM Agama WPKL bermula hari ini hingga Jumaat 2018. Saya menguruskan mereka seawal 6.30 pagi kerana perlu berkumpul di perhimpunan rasmi sekolah tersebut pada pukul 7.00 pagi. Mereka akan diperkenalkan dengan warga SMAWPKL. 

Saya juga menyertai perhimpunan mereka yg dikendalikan sepenuhnya oleh murid murid . Hari ini merupakan hari perhimpunan yg memerlukan warga sekolah bertutur dalam Bahasa Inggeris maka semua aktiviti pengumumannya dlm bahasa Inggeris termasuk ucapan pentadbir. 

Sempat juga ada slot motivasi dari murid sendiri yg membuat persembahannya.

Selesai perhimpunan, acara serah murid dijalankan di bilik VIP dan murid mendengar taklimat sepanjang mereka di sana. Perlu bangun seawal pukul 5 pagi mrnjalankan solat sunat tahajjud, baca Quran. 

Mengamalkn puasa sunat dan solat sunat Duha. 

Semoga anak anak Juara ini betah di sini dan membawa harapan agar ilmu yg baik dari sini boleh diamalkan seperti 15 Rukun SMAWPKL yg seronok pula saya mendengarnya untuk dijalankan di sekolah saya pula. 


Take care
Semoga Allah melindungimu
Miss my loyal daily passanger




















 

Telegram Channel