30 June 2018

Ahli Bengkel Pengkarya Guru : Novel Remaja 2018

Ahli Bengkel Pengkarya Guru : Novel Remaja 2018

    


 Program Sabtu dan Ahad pada bulan Syawal ! Ia memberikan petunjuk terpaksa berkorban menghadiri jamuan rumah terbuka Hari Raya yg diadakan sana sini dan duduk di dalam bilik kuliah di Dewan Bahasa Pustaka dari 8 pagi hingga 5 petang hari Sabtu dan Ahad. Tamat sudah Bengkel Pengkarya Guru untuk kohort 1/2018.
     Terima kasih Dr Hanis atas tunjuk ajar yg diberikan. 8 kali sesi perjumpaan dan banyak ilmu yang diserap. Dengan kedudukan meja saya di hadapan sekali, mengingatkan saya pada kali pertama perjumpaan. Saya bukan kaki novel maka apa sahaja soalan yg ditanyakan kepada saya oleh Dr Hanis, sama ada saya menggelengkan kepala atau saya bercakap saya tidak tahu. Uishh..terasa kerdil diri ini umpama masuk kuliah dengan pengetahuan yang kosong.  Yang ada hanya minat, kesungguhan dan iltizam untuk menulis.
Sesi ke lima, sudah mula perlu menulis novel. Macam saya update blog cuma ada teknik untuk mendorong pembaca membaca dan plot cerita.
Apabila mula menulis novel, keseronokan terasa. Dunia cerita kita. Mempelajari gaya bahasa dengan lebih baik dan tatabahasa.
Yang sedihnya apabila kami mendapat khabar yang disampaikan oleh Lynn iaitu personalia yang bertanggungjawab menguruskan Bengkel Pengkarya Guru ini. Lynn memaklumkan dengan suara yang sebak, yang beliau akan bertukar ke agensi lain dan menyentuh hati kami yang mendengarnya. Seorang yang sangat aktif dan tempat kami merujuk.
Dr Hanis mengingatkan kami agar menyiapkan manuskrip yang dijanjikan. Memandangkan Lynn perlu bertugas di tempat lain esok, maka penyampaian sijil ini diadakan hari ini. Semoga Lynn lebih cemerlang di tempat baru.
Semoga group whatsapp masih lagi menjadi ikatan kekeluargaan kumpulan Bengkel Pengkarya Guru kohort 2/ 2018.


Pasar Seni
Tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula zaman remaja:)





















28 June 2018

Bengkel Pengurusan Kaunseling :Guru Kaunseling Gred 41

Bengkel Pengurusan Kaunseling :Guru Kaunseling Gred 41





Hari Khamis saya ke SMAWPKL selaku moderator untuk guru kaunseling WPKL gred DG41 sekolah menengah. Sebagai ketua fasilitator untuk program Bengkel Kompetensi Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling yg dikelolakan oleh fasilitator dari guru kaunseling Gred DG48.
Peserta terdiri dari 38 org guru kaunseling sekolah menengah untuk daerah Pudu dan Bangsar gred 41. Antara pengisian yg diajar ialah




Penampilan Diri Kaunselor Dan Bilik Kaunseling Berfokus oleh En Subhi.

Buat name tag mesti satu perkataan sahaja dan bukan dua perkataan
Cara berpakaian
Bilik kaunseling bercermin
Contoh contoh bilik untuk panduan




Cara Menulis Laporan Program





Cara Menulis Rekod Sesi Kaunseling oleh En S Gunaseran. 
- Mengenai borang pemakluman persetujuan murid menjalani sesi kaunseling
- Menggunakan borang spsk dengan format penulisan SOAP rekod sesi tersebut. Saya pernah post di blog mengenai kaedah ini. 
- Contoh penulisan rekod sesi menggunakan SOAP teknik 





Pentadbiran Dan Pentaksiran Psikometrik oleh Pn Lee Nyit Har

Sebelum intervensi dijalankan, guru kaunseling perlu tahu cara mentadbir psikometrik. 
- Membuat jadual takwim proses kerja psikometrik untuk sekolah dari ting 1 hingga 5 dan pengesahan dari pengetua.
_ Mengikut pentadbiran , pentaksiran dan intervensi berdasarkan tarikh cadangan yg dikeluarkan oleh BPSH KPM. 
- Membuat analisa menggunakan kemahiran Excell 



Cara Membuat Jadual Waktu Dan Menulis Rekod Sesi oleh Pn Kang Kooi Li dan Cik Rashidah Ibrahim

Contoh Membuat Jadual Waktu mengikut 4 fokus
Pelbagai contoh sebagai panduan
GBK draf jadual waktu masing masing untuk dibimbing
Cara Menulis Buku Rekod




Soal Selidik Keperluan Kaunseling oleh En Nazam Bin Atan dan Datin Rosaini
Soal Selidik Kemiskinan Bandar
Cara membuat analisa soal selidik







Saya akan update dari semasa ke semasa ilmu yg dikongsikan memandang untuk saya menerangkan taklimat yg diberikan dan menulis semula dalam blog ini memakan masa. Proses memohon  keizinan oleh tuan punya pembina modul untuk dimasukkan ke dalam blog saya slaid presentation power point mereka juga mengambil mereka kerana satu team modul merupakan kerjasama 2 hingga 4 orang pembina modul.
Semoga bermanfaat.

Puasa Syawal
Rezeki kari ayam SMAWP :)


27 June 2018

Fasa 2: Intervensi PPSDM Oleh Guru Disiplin

Fasa 2: Intervensi PPSDM Oleh Guru Disiplin




Program yg dijalankan pada hari Rabu lepas iaitu 27 Jun 2018 bermula pukul 9 pagi hingga 2.30 petang.
Diketuai oleh Cikgu Mohd Noor selaku ketua guru disiplin sekolah dan dibantu guru guru disiplin sekolah.

Menggunakan modul PPSDM yg dibekalkan oleh KPM maka guru disiplin menjalankan modul ini dengan baik sekali. Pujian untuk mereka kerana dapat mengendalikan kelompok modul. 

Murid yg terlibat adalah murid murid yg dipilih melalui kesalahan disiplin. Saya share modul yg digunakan. 


Modul PPSDM 2018

MODUL 1 TIK TOK
Nilai : Kerjasama dan rasional 
Objektif : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:-
1. menilai pengalaman diri sendiri.
2. menanam azam untuk berusaha menepati masa.
3. mengubah sikap dengan menepati masa hadir ke sekolah.
Sasaran : Peserta PPSDM
Masa : 30 minit
Bahan : Bola Ping Pong; Jam Digital dan Muzik yang sesuai
Langkah :
1. Peserta diminta duduk dalam bulatan besar.
2. Murid diminta untuk menggerakkan bola ping pong dari peserta pertama 
hingga ke peserta terakhir dan fasilitator mengambil masa pergerakan 
bola tersebut dari peserta pertama hingga peserta terakhir.
3. Fasilitator memaklumkan kepada peserta masa yang telah mereka 
perolehi.
4. Peserta diberi cabaran di mana mereka dikehendaki mencapai masa 
yang lebih singkat daripada masa yang mereka perolehi pada peringkat 
awalnya. 
5. Cabaran masa semakin lama semakin pendek tempohnya. 
(contoh: jika masa di awal permainan tersebut peserta memperolehi 
masa selama 50 saat, maka permainan seterusnya mereka 
dikehendaki selesaikan dalam tempoh masa 40 saat. 
Seterusnya pusingan ketiga pula 30 saat. Pusingan keempat 
20 saat sehinggalah tempoh masa yang singkat.)
6. Peserta dikehendaki bekerjasama untuk berjaya mencapai masa yang 
telah ditetapkan oleh fasilitator. 
7. Peserta dan fasilitator membuat refleksi tentang aktiviti yang telah 
dijalankan
Falsafah : Masa itu Emas.


Modul PPSDM 2018

MODUL 2 BARU KU TAHU
Nilai : Berdikari dan keberanian
Objektif : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:-
1. meningkatkan kesedaran berdasarkan pengalaman diri.
2. mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala buli.
Sasaran : Peserta PPSDM
Masa : 30 minit
Bahan : Cawan Kertas; Gelang Getah; Wisel, Benang dan Muzik yang sesuai.
Langkah :
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan ahli
yang sama rata.
2. Setiap kumpulan dibekalkan 10 cawan kertas, 5 gelang getah dan 1
meter benang.
3. Peserta dikehendaki menyusun cawan kertas kepada bentuk piramid
TANPA MENGGUNAKAN TANGAN.
(Cabaran kepada peserta ialah mereka dikehendaki membina piramid
cawan kertas dibawah kipas yang berkelajuan tinggi).
4. Peserta diberikan masa selama 15 minit untuk menyiapkan tugasan
tersebut.
5. Fasilitator menggunaka wisel bagi memaklumkan masa yang peserta
ada untuk menyelesaikan tugasan.
6. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan dahulu dikira pemenang.
(Kipas, getah dan benang adalah punca kuasa BULI yang mereka
hadapi bagi menyelesaikan misi membina piramid cawan kertas
tersebut.)
7. Peserta dan fasilitator membuat refleksi tentang aktiviti yang telah
dijalankan
Falsafah : Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
 Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


Modul PPSDM 2018

MODUL 3 PASS BARANG
Nilai : Kerjasama, Kasih Sayang, Kerajinan, Hormat Menghormati
Objektif : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:-
1. meningkatkan daya tumpuan dalam aktiviti yang dijalankan.
2. memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.
3. menanam sikap saling mempercayai dalam kalangan ahli kumpulan
Sasaran : Peserta PPSDM
Masa : 30 minit
Bahan : Blok kayu (Jenga); Chopstick; Meja dan Muzik yang bersesuaian
Langkah :
1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri
daripada 3 orang peserta bagi setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan seunit blok kayu (Jenga), 3 set chopstick
dan 2 buah meja.
3. Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu;
3.1 1 Supplier
3.2 1 Deliver
3.3 1 Receiver.
4. Peserta diminta untuk membina blok kayu paling tinggi dengan
menggunakan chopstick.
4 Peserta dikehendaki berdiri tegak dan memberikan blok kayu bermula
dari supplier hingga ke receiver hanya dengan menggunakan chopstick.
5 Masa diberikan selama 20 minit dan kumpulan yang dapat membina
blok kayu paling tinggi dikira sebagai pemenang.
6 Peserta dan fasilitator membuat refleksi tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
Falsafah : Kalau awak percayakan saya, saya juga percayakan awak. Saling
 mempercayai antara ahli kumpulan.


Modul PPSDM 2018

MODUL 4 YE KE?
Nilai : Rasional, semangat bermasyarakat, kejujuran
Objektif : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:-
1. menyatakan kesesuaian imej mengikut situasi.
2. menampilkan gaya sesuai mengikut tempatnya.
3. meningkatkan keyakinan diri dalam keterampilan mengikut
kesesuaian tempat.
Sasaran : Peserta PPSDM
Masa : 30 minit
Bahan : Sampul surat; gambar; komputer riba dan LCD projector
Langkah :
1 Setiap peserta dipecahkan mengikut kumpulan dengan bilangan ahli
yang sama rata.
2 Setiap ahli kumpulan dibekalkan sehelai sampul surat yang berisi 30
keping gambar.
3 Cabaran yang akan mereka hadapi ialah mereka dikehendaki memilih
gambar yang bersesuaian selama 30 saat apabila fasilitator
memaparkan pemandangan suatu tempat.
4 Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil ke hadapan
dengan membawa gambar-gambar yang mereka pilih berdasarkan
tempat yang dipaparkan oleh fasilitator.
5 Pemenang dikira apabila sebuah kumpulan itu berjaya memberikan
gambar yang bersesuaian serta ditambah dengan penerangan yang
menarik.
6 Peserta dan fasilitator membuat refleksi tentang aktiviti yang telah
dijalankan
Falsafah : Sepakat membawa berkat bagai aur dengan tebing.


Modul PPSDM 2018

MODUL 5 SARANG HAE YO
Nilai : Kasih Sayang
Objektif : Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:-
1. memupuk nilai menghargai diri sendiri.
2. memupuk nilai menghargai rakan-rakan.
3. meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyayangi diri
sendiri dan orang lain
Sasaran : Peserta PPSDM
Masa : 30 minit
Bahan : Belon; tali; gelang Getah; Marker Pen dan Muzik yang bersesuaian
Langkah :
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan
jumlah ahli seramai 5 orang.
2. Peserta diberikan dengan satu set kelengkapan dengan berisi 5 biji
belon, 5 utas tali, 5 gelang getah dan 1 marker pen.
3. Peserta diminta untuk meniup belon yang diberikan dan menulis
nama sendiri pada belon tersebut.
4. Peserta dikehendaki menukar belon yang mempunyai nama masing￾masing dalam kalangan ahli kumpulan sendiri.
5. Peserta dikehendaki untuk mengikat belon pada kaki masing-masing
sebelum acara dimulakan.
6. Peserta dikehendaki meletupkan belon kumpulan yang lain setelah
wisel ditiupkan.
7. Permainan ini diberikan masa selama 15 minit dan apabila wisel
tamat permainan ditiupkan, peserta-peserta dikumpulkan mengikut
kumpulan asal.
8. Kumpulan yang dapat menyelamatkan belon paling banyak daripada
dipecahkan oleh kumpulan yang lain dikira pemenang.
9. Peserta-peserta dikehendaki membuat 2 barisan lurus berhadapan
antara satu sama lain.
10.Kumpulan yang memenangi permainan ini akan melalui laluan di
bahagian tengah antara barisan yang dibuat oleh peserta-peserta
yang lain dan masuk ke dalam barisan pada hujung laluan tersebut.
11.Peserta yang dalam barisan memberikan tepukan kepada
pemenang sepanjang laluan tersebut.
12.Kumpulan seterusnya akan sambung melalui laluan tersebut
sehingga ke kumpulan yang terakhir.
13.Setiap peserta akan merasai peluang menerima tepukan gemuruh
daripada rakan-rakan.
14.Peserta dan fasilitator membuat refleksi tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
Falsafah : Sebuah keluarga yang bahagia lahir dari sebuah komuniti yang hidup
 dengan aman, damai dan berkasih sayang.

LRT Cheras-Masjid Jamek-KL Sentral
Done ETS :)












































 

Telegram Channel