24 July 2018

Lawatan Ke Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL

Hari pertama Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL di SMK Seri Bintang Selatan.
Kebetulan jadual lawatan PRS adalah pada pukul 10 pagi manakala jadual persembahan jemputan pasukan silat sekolah juga pada pukul 10 pagi. Maka saya telah menempah sebuah bas untuk memudahkan pergerakan.
Memandangkan jawatan saya di sini selaku Timbalan Yang Dipertua MGKKL maka saya perlu menjadi orang terawal memastikan semua pertandingan yg berlangsung pada hari pertama berjalan lancar. Maka Kak Raudzah bertugas di sesi pagi untuk membantu pengangkutan murid.
Persembahan silat yg terdiri dari 16 org mendapat tepukan gemuruh. Sijil penyertaan peringkat negeri yg diterima menyebabkan murid tersenyum puas.
Pelbagai acara seperti pameran kerjaya dijalankan dan murid mengambil kesempatan untuk mendapatkan info dari peserta pameran.
Kuiz yg diadakan berselang seli dgn persembahan juga menarik untuk dicuba. 4 orang murid mencuba nasib dan berjaya mendapatkan hadiah yg ditawarkan.

Semoga dipermudahkan urusan
Bismillahirrohmanirrahim..




















 

Telegram Channel