Hari ini saya on the road pada pukul 5.30 pagi dari rumah dan singgah ke sekolah untuk solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Saya membayangkan jalan yg sesak namun sebaliknya pula yg berlaku. Hanya setengah jam dari sekolah dan ya pukul 6.30 pagi dah terpancul di hadapan pintu pagar BTPN.
Rancangan asal saya perlu menghadiri mesyuarat AJK Tertinggi Majlis Guru Kaunseling WPKL di SM Agama WPKL pada pukul 8.00 pagi dan seterusnya mesyuarat post mortem Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL pada pukul 10.00 pagi. Namun saya memaklumkan kepada pengerusi mesyuarat tersebut yg saya perlu ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam.
Di situ berlangsungnya bengkel kompetensi tinggi guru bimbingan kaunseling gred DG 44 dan DG 48 untuk WPKL dan Selangor. Memandangkan hanya 4 fasilitator yg ada saya berhasrat membantu team fasilitator ini.
Di situ berlangsungnya bengkel kompetensi tinggi guru bimbingan kaunseling gred DG 44 dan DG 48 untuk WPKL dan Selangor. Memandangkan hanya 4 fasilitator yg ada saya berhasrat membantu team fasilitator ini.
Muncul pada pukul 6.30 pagi membolehkan saya menikmati sarapan pagi di kafetaria di sini. Membawa bersama kek hari lahir Effa untuk dinikmati bersama fasilitator. Haha sempat juga berposing sementara menunggu slot saya pada pukul 8 pagi.
Yang seronoknya menjadi fasilitator ini adalah konsep menang dan menang. Peserta mendapat input untuk menjalankan kajian tindakan dan saya juga mendapat input kepelbagaian program yg dijalankan hasil pembentangan dari peserta dari pelbagai kumpulan.
Saya kongsikan aktiviti yg dirancang dan penulisan kertas cadangan kajian tindakan oleh kumpulan.
Happy to meet you
After a long time
To my exroomate 1994
UPM Terengganu
Happy to meet you
After a long time
To my exroomate 1994
UPM Terengganu