Total Pageviews

14 August 2018

Jurulatih Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin WPKL






Hari ini sekolah dipilih sebagai tempat bengkel untuk program amalan terbaik kaunseling dan disiplin peringkat WPKL. Memandangkan sambutan yg agak baik dgn penyertaan yg semakin bertambah maka kami perlu mengadakan pertandingan peringkat separuh akhir dan akhir.
Memandangkan tahun ini saya direhatkan dari menyertai pertandingan peringkat WPKL, maka saya menjadi juri untuk amalan terbaik kaunseling peringkat menengah. Bertahun tahun saya menyertai pertandingan ini dan memenangi johan peringkat kebangsaan dan dgn nombor yg paling teruk pun ialah saguhati tpt ke6. Huhu masih mendapat tempat untuk hadiah. Semua kategori pernah ada pengalaman dari pengurusan kaunseling, amalan terbaik kaunseling bahkan amalan terbaik disiplin. 
Namun pegawai kaunseling daerah memohon saya direhatkan dari menyertai pertandingan tetapi tidak pula meminta saya direhatkan dari menjadi jurulatih amalan terbaik hihihihi.
Tahun ini 8 penyertaan kaunseling terbaik sekolah menengah dan 11 penyertaan terbaik sekolah rendah.
Manakala untuk kategori disiplin pula sebanyak 4 penyertaan sekolah menengah dan 3 penyertaan sekolah rendah.
Hari ini saya memberikan bimbingan tips skor untuk amalan terbaik berdasarkan pemarkahan dan saya guna slaid yg ada saya upload di blog sebelum ini.
Saya juga menunjukkan contoh buku dokumentasi yg mendapat anugerah emas.
Tahun ini format baru kami akan meminta buku dokumentasi dihantar pada 17 september 2018 di unit kaunseling JPWPKL. Manakala penghakiman buku pada 18 september 2018 dan tarikh 19 september 2018 diadakan pembentangan separuh akhir untuk memilih top 3 setiap kategori di pertandingan akhir 23 september 2018.
Good luck semua. Semoga dipermudahkan urusan anda. 

Saya akan bergandingan dengan En Akmal dan En Subhi untuk juri amalan terbaik kaunseling menengah separuh akhir. Di peringkat akhir saya akan bergabung dgn Harriani, Hafizah, Subhi dan En Akmal. 

Happy birthday Effa
Semoga dirahmatiNya






















No comments: