30 September 2018

Teknik VAKS di Majlis Mohon Restu PT3

Teknik VAKS di Majlis Mohon Restu PT3




Semoga murid PT3 dapat fokus dalam peperiksaan PT3 walau apa sahaja masalah mereka. Sebaik sahaja Majlis Mohon Restu selesai dijalankan, semua murid Islam ke dewan untuk solat hajat. 

Kemudian taklimat PT3 oleh setiausaha PT3, penyelaras tingkatan 3 dan guru disiplin sekolah. 

Saya dan Rozinani mengajar teknik Super VAKS iaitu visual, auditori, kinestetik dan spiritual untuk anak anak PT3 ini fokus dengan peperiksaan PT3 ini dan abaikan halangan yang lain. 

Teknik ini saya pelajari dari Guru Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 1, Bandar Kinrara yang mendapat johan amalan terbaik kaunseling pada tahun 2015. 

Saya bimbing murid dengan kata kata berikut
sewaktu berdoa mengikut agama masing masing dengan diiringi lagu yang menenangkan minda

Ya Allah! Permudahkanlah urusanku menghadapi peperiksaan  PT3. Tingkatkan fokusku terhadap peperiksaan. Aku sedar aku mempunyai masalah dengan.............Aku tidak mahu ia menjadi penghalang kepada fokusku untuk berjaya dalam peperiksaan. 

Maka sewaktu aktiviti visual pandang tangan, picit telinga, gerakkan kaki dan tangan dan berdoa sentiasa ulang kata kata Aku ingin fokus dalam peperiksaan. Aku tidak mahu masalah ........menjadi penghalang fokusku. Aku nak berjaya! Berjaya!

Semoga kejayaan milik anda semua

Ambang PT3
Terima kasih buat doa yg baik baik
Good luck Farietz


Saya share langkah - langkah meningkatkan fokus dalam SUPER VAKS














































29 September 2018

Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Kaunseling SMK Cheras

Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Kaunseling SMK Cheras




                         




KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK KAUNSELING
SMK CHERAS SESI 2018

1.0       PENGENALAN

            SMK Cheras merupakan sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur yang mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan negeri sebagai sebuah sekolah yang menawarkan amalan terbaik dan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cemerlang. Memperolehi pengiktirafan lima bintang oleh pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM pada tahun 2016 dan juga pengiktirafan oleh Bahagian Psikologi Kaunseling, JPWPKL pada tahun 2016 sebagai Unit Bimbingan Dan Kaunseling cemerlang merupakan batu loncatan untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras menjadi tumpuan sejak tahun 2016. Sejak itu, saban tahun UBK SMK Cheras menerima tetamu dari pelbagai sekolah, agensi mahu pun persatuan yang berteraskan perkhidmatan kaunseling dari dalam mahu pun luar Kuala Lumpur. Peningkatan tetamu adalah secara mendadak melebihi 15 rombongan ke SMK Cheras setiap tahun untuk lawatan penandaaras mahu pun lawatan kerja.
            Perkhidmatan Unit Kaunseling SMK Cheras juga semakin sibuk dan menjadi tumpuan semua murid menjejakkan kaki ke bilik kaunseling SMK Cheras sejak kami memperkenalkan e-klien iaitu perkhidmatan kaunseling secara online di bilik kaunseling sejak tahun 2016. Bilik kaunseling telah dinaiktaraf talian internet pada tahun 2016 dengan pembiayaan PIBG agar lapan buah komputer dan gajet seperti tab 1 Malaysia dan telefon pintar Yes yang dibawa masuk ke bilik kaunseling dapat digunakan untuk tujuan mengakses e-klien oleh murid dan guru. Pentaksiran psikometrik yang wajib untuk murid dijalankan di bilik kaunseling dan saiz bilik kaunseling yang sesuai untuk menempatkan sekurang-kurangnya 35 murid diperlukan untuk keselesaan murid dan guru kaunseling yang menawarkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

            Perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa dan guru juga semakin meningkat. Ruang untuk perbincangan yang lebih tertutup dari pandangan dan pendengaran murid yang keluar masuk bilik kaunseling juga diperlukan untuk keselesaan guru dan ibu bapa.
           
2.0       MATLAMAT
            Meningkatkan suasana bilik kaunseling yang kondusif untuk perkhidmatan sesi
            bimbingan dan kaunseling

3.0       TARIKH/MASA/TEMPAT
            1 September 2018 hingga 30 Oktober 2018
            Bilik Kaunseling SMK Cheras

4.0       SASARAN
            Guru bimbingan dan kaunseling SMK Cheras

5.0       OBJEKTIF
1)         Murid menikmati perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling yang kondusif
2)         Guru dan ibu bapa dapat menikmati sesi bimbingan dan kaunseling di ruang
            yang lebih kondusif tanpa kehadiran murid.
3)         Mewujudkan bilik kaunseling yang kondusif untuk bilangan murid bagi saiz satu           kelas menggunakan e-psikometrik
4)         Mewujudkan satu bilik kaunseling dengan rekabentuk khusus menggunakan alat         bantu             terapi untuk warga sekolah yang mengalami tahap krisis emosi yang         teruk.

6.0       KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output
Keselesaan klien menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di bilik yang kondusif.

Outcome
100% klien yang menggunakan perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling.berpuas hati dengan perkhidmatan UBK SMK Cheras.

7.0       SUMBER KEWANGAN
            Koperasi, PIBG, UBK, tajaan alumni SMK Cheras

8.0       AHLI JAWATANKUASA
            Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
                                Pengetua
            Naib Pengerusi : Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
            Setiausaha      : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
            Naib Setiausaha: Puan Raudzah Bt Ab Rahman
            Bendahari     : Puan Rozinani Bt Awang
                       
9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN
            9.1       Mengubahsuai bilik kaunseling SMK Cheras

            9.2       JADUAL PERLAKSANAAN
                        1 September 2018 – 30 September 2018

1 September 2018 – 7 September 2018

Aktiviti sisih barang yang tidak diperlukan
8 – 10 September 2018
Kerja memecahkan dinding bilik kaunseling untuk ke bilik tambahan
Memindahkan kabinet sedia ada ke tempat –tempat yang dirancang
Pemasangan kabel elektrik yang baru

15 – 17 September 2018
Mengasingkan dokumen dan bahan UBK dalam kabinet sedia ada
Membersih dan mengemop bilik kaunseling
Memasang semua komponen komputer
Memindahkan pejabat guru kaunseling ke bilik tambahan baru

22 – 24 September 2018
Mengecat dinding UBK
Memasang tikar
Memasang langsir
Pendawaian internet
Menyiapkan setting bilik sesi individu dan kelompok untuk sedia digunakan
Pemasangan kabinet
Pemasangan kaunter
25 September – 30 September 2018
Melukis mural
Melabel dokumen dan kabinet


1 Oktober – 7 Oktober 2018
Melabel dokumen pada kabinet fail, kabinet piala dan kabinet kaunter.

Memasang wall paper pada bilik sesi individu dan bilik sesi kelompok
Memasang kemasan lantai pada bilik sesi individu

8 Oktober – 14 Oktober 2018
Menyiapkan bilik khas bilik alat bantuan terapi dan melengkapkan bilik tersebut untuk sedia digunakan

15 Oktober – 21 Oktober 2018
Menyiapkan Laman Minda Sihat dan Taman Raudzah
22 Oktober 2018
Perasmian bilik kaunseling

                        10.0    PENGURUSAN RISIKO
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan
Kecuaian
Dihantar ke klinik
Guru kaunseling

            11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROJEK
            -Berdasarkan jadual perlaksanaan dipatuhi
            PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
            -Berdasarkan Borang Soal Selidik Kepuasan Hati Pelanggan

            12.0    PENUTUP
            Diharapkan dengan projek naiktaraf bilik kaunseling ini dapat mencapai objektif
            yang diharapkan dan memberikan manfaat kepada semua warga sekolah.

            Disediakan oleh,                                                                              Diluluskan oleh,

            (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                                    (Kamariah Bt Abu)

Officially PDT to the owner
Tag here for my reminder :0






Cuti hujung minggu pertama September draf bilik kaunseling

Ambil gambar sebelum bilik kaunseling dinaiktaraf

Bilik individu dan pejabat kami serta rak piala kami yg bersaiz sepemeluk menyebabkan piala merata rata

Sofa yang dah tidak empuk lagi

Setting asal bilik kaunseling yg mempunyai 
skirting yg tidak seragam


Bilik sesi individu yang asal


Satu lori boleh memuatkan bahan buangan 
dari bilik kaunseling. 

Membuka semua skirting meja

Bilik sesi individu yang asal




Mengosongkan kabinet agar mudah diangkat

Setting dinding asal sebelum dipecahkan

Kerja menanggalkan papan putih dan papan kenyataan untuk 
dipasang papan baru







Kerja merobohkan dinding sebelah

Memindahkan kabinet yang tidak diperlukan


Oh habuk di mana mana




Mengasingkan barang yang masih diperlukan

Longgokan sisih barang

Menanggalkan kotoran di dinding


Koridor UBK yang akan dikemaskini

Rak yang akan dialihkan ke pejabat guru kaunseling yang baru




Memindahkan barang ke bilik baru yang asalnya bilik pengawas 

Mengosongkan rak yg sebenarnya stor kami di bawah itu.

Laman Minda Sihat UBK



Mengasingkan barang barang untuk dilabel


Selori juga barang sisihan


Menaggalkan skirting



Rak info kerjaya akan dibuang untuk laluan 
Taman Raudzah







Memindahkan semua barang ini

Proses memecahkan dinding sebelah

Projek minggu lepas mengecat dinding

Minggu lepas memasang wall paper bilik sesi kaunseling individu


Minggu lepas memasang tikar bilik sesi kaunseling individu dan kelompok

Baru satu bilik siap digunakan tapi belum memasang wall paper di bilik ini



Laman Raudzah yg telah dihiasi pokok tetapi 
belum ditouch up lukisan mural 

Mengoyakkan wall paper lama yang usang






















 

Telegram Channel