Total Pageviews

8 September 2018

Bengkel Penulisan Tengah Malam

Mendaftarkan diri untuk Bengkel Penulisan Tengah Malam anjuran PENA. Tertarik dengan bengkel penulisan cerpen saya mendaftarkan diri bersama Afiqah yg juga berkongsu minat yang sama. 

Pukul 8.35 malan kami berjaya menjejakkan kaki ke rumah PENA. Pengalaman pertama saya dan  pengalaman berkali kali bagi Afiqah. Saya terjumpa Dr Hanis pensyarah yg membimbing saya untuk Bengkel Pengkarya Guru bagi penulisan Novel Remaja. Huhuhu segan juga jika Dr bertanya perkembangan manuskrip saya yg terhenti di bab 10 sejak tamat bengkel sekitar Julai lepas hingga kini. 





Bengkel penulisan cerpen disampaikan oleh Dr Salleh yg merupakan pengerusi PENA. Di bawah Dr Salleh saya terlibat dengan penulisan puisi Kenegaraan untuk projek Tulis Dan Terbit Puisi Untuk Guru yg dilancarkan sewaktu Pesta Buku tahun ini. Alhamdulillah projek tulis dan terbit puisi bahagian saya untuk antologi puisi yg akan diterbitkan pada tahun hadapan mendapat kelulusan dari Dr Salleh. Puisi saya bertajuk Anak - Anak Metropolitan. 

Pukul 11.20 malam slot penulisan cerpen disampaikan oleh Dr Salleh. 
Antara intipatinya
Cerpen mimetik: realisime, sejarah, futuristik
Cerpen premis: realisme magis, absurd, surealisme
Cerpen mimpi


#Premis
Tidak mengikut logik tetapi bebas daripada hukum realiti

#Absurd pemikiran di luar lingkungan konvensional

#Realisme magis, aliran yg menerima kehadiran unsur dongeng, khayalan, mitos sebagai sebahagian daripada kebenaran naratif.

#Mimpi
Semua logik dalam mimpi boleh bercelaru tanpa ikut aturan waktu, 
Pertindihan

Istilah operasional
#Parodi:
Ambil teks lain dan kemudian diubah
Sejenis intertekstualiti
Fungsi untuk melahir pemikiran kontemporari berdasarkan unsur tipainduk. Lebih mudah difahami pembaca kerana teks tersebut sudah terkenal dalam masyarakat.
Cerita ada dalam masyarakat yg memang diketahui dan diubah
Cth Hang Jebat, Hang Tuah, Luncai

#Satira
Nada sindiran thd golongan 

#Alegori
Cerita sesuatu tetapi memaksudkan perkara lain

#Simbolisme cerita haiwan Animal Farm George Orwell atau Tikus Rahmat Hassan Ibrahim atau ' Haruan" Osman Ayob
Dalam.bahasa metafora tapi dlm cerpen alegori
Bernada sindiran, memuja, menyampaikan ilmu falsafah (Hayy Ibn Yakzan, Ibnu Tufail
Novel Robinson Crusoe memgambil cerita hipoteks

Eksistensialisme
Pemikiran nihilisme di Eropah. Meletakkan manusia sbg pusat kehidupan, tiada ketuhanan dgn ketuhanan.
Drama Waiting For Goddot
Pastiche
Gabung
Jukstaposisi
Letak perkataan dan frasa, imej, konsep, unsur, imej, peristiwa , sebelah menyebelah dlm sebuah teks: Penjajaran
Untuk hebatkan imej
Serlahkan persamaan dan perbezaan
Sebatikan dan luaskan maksud melalui konotasi dan asosiasi imej
"Bulan dan dian" persamaan
Api dan air perbezaan

Cerpen seperti pensel krn sukar ditulis
Novel seperti pen
Cerpen satu peristiwa yg terpusat bukan betjela. Walau imbas kembali, fokus pada fregmen terpilih

Cerpen biasa 1500 - 2000 pp
- " Memburu Tahun Baru", " Aku Anjing"
Cerpen panjang 50, 000 pp
Cerpen mini, pendek 600- 800


#Permulaan Cerpen
Adakah permulaannya menangkap minat pembaca dgn pantas
Adakah bawa pembaca masuk ke dunia watak watak
Adakah permulaannya mencorak nada cerpen keseluruhannya
Watak
Menyakinkan
Aksi watak serasi dgn personalitimya
Sudut pandangan 1 2 dan org luar

Plot
#Konflik tercetus daripada faktor munasabah
Adakah hubungan masa jelas dan betul
Jika guna imbas kembali adakah peralihannya telah dilakukan dgn baik dan memudahkan pembaca memahaminya berdasarkan peralihan waktu
Dialog
Adakah neutral
Konsisten dan sesuai dgn watam

#Pengakhiran
Penuhi rangka plot berubah watak akibat konflik yg dihadapi.
Berkembang secara semulajadi
Konflik selesai yg penonton puas hati

#Tema
Bukan subjejk atau persoalan
Pemikiran utama boleh disampaikan dgn jelas dan tersirat
Sengketa boleh hancurkan negara
Subjek ialah cerita ( kemiskinan, perang, cinta)

Terima kasih boss
Projek perluasan
Bilik UBK bermula















No comments: