15 September 2018

Lawatan Penandaaras PRS dari SMK Alor Janggus, Kedah.





Cerita semalam hari Jumaat yg berkat. Hampir sebulan lebih membuat temujanji dan sudah diiringi dengan surat untuk hadir ke sekolah saya,  dan menjadikan sekolah saya sebagai penandaaras PRS.
Namun jika dah bukan rezeki untuk berjumpa, tidak berjumpa juga. Saya perlu ke Perlis dan program di Perlis hingga Jumaat pada tarikh saya sudah membuat pengesahan kepada pihak UBK SMK Kedah.
Oleh kerana keperluan saya ke Perlis lebih utama selaku jurulatih dan fasilitator program SUDI peringkat kebangsaan, saya meminta partner saya untuk berhubung dengan guru kaunseling Kedah ini.
Telefon di tangan pada hari Rabu pukul 9 malam di Perlis, saya menjalankan mesyuarat online dengan ahli PRS ting 4.
Agak bimbang memandangkan projek pertama murid tahap Sulung saya mengendalikan orang luar berbanding 15 org  PRS Bestari Ting 5 yg sudah mahir mengendalikan majlis untuk pelawat luar dari persiapan dewan, persembahan, AJK Makanannya mahu pun pembahagian kumpulan. Tetapi PRS Ting 5 sudah direhatkan sejak Ogos untuk memberikan tumpuan pada SPM.
Hari Khamis, PRS membuat video call pula sambil menunjukkan mereka sedang menyiapkan dewan bersama partner saya di sekolah iaitu Rozinani dan Raudzah. Dan sempat lagi membuat satu persembahan untuk saya dalam videocall hahahaha..
Hari yang ditunggu tiba, rombongan PRS dari SMK Alor Janggus, Kedah datang bersama 40 ahli PRS dan 4 orang guru pengiring iaitu 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan.
Seperti biasa PRS yang menjadi juruacara mengendalikan aktiviti dengan aturcara berikut:
- Nyanyian PRS
- Ucapan PK HEM
- Ucapan Guru Kaunseling SMK Alor Janggus, Kedah
- Penyampaian cenderamata
- Ice breaking
- Energizer
- Persembahan powerpoint peranan PRS oleh Erra pengerusi PRS 2017/2018
- Tayangan Video Kreatif yg dimenangi PRS mendapat tempat ke3 peringkat negeri Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL
- Lawatan sekitar sekolah
- Makan tengah hari
Semoga silaturrahim yg terjalin dirahmatiNya.















































 

Telegram Channel