Total Pageviews

8 October 2018

Fasilitator Bengkel Kompetensi GBK Di Sabah





Hari ini ke Sabah pula selepas dua trip sebelum ini ke Johor dan Terengganu saya skip untuk laluan anak anak menghadapi UPSR dan PT3.
Maka hari ini bersambung trip fasilitator ke Penampang, Sabah pula.
Mengambil breakfast di KLIA dan 'tersilap makan' yang menyebabkan perut saya tak ok sepanjang perjalanan.
Tiba di BTPN Penampang, baru pukul 1 tengah hari dan kami difahamkan pukul 12 lebih sudah masuk waktu Zuhur.
Kena biasakan diri dulu dengan waktu di sini yang cepat sejam dari KL.
Aktiviti hari pertama, aktiviti kami sangat singkat kerana pukul 6 petang perlu berhenti memandangkan 6.15 sudah masuk waktu Maghrib. Peserta di sini pun ada yang datang dari jauh dan perlu menaiki kapal terbang.
Ucapan perasmi program dari BPG Kota Kinabalu Sabah iaitu En Muddin B Beting Ketua Penolong Pengarah Sektor Dasar Keguruan BPG, KPM juga sangat terkesan dalam ucapan pembukaannya mengenai personaliti guru yang membangunkan kemenjadian murid.
Petang ini kami sempat mengadakan sesi ice breaking dan Ujian Tajma.

Selamat malam Penampang







Sesi ice breaking




Sesi ice breaking dikendalikan Khairil dan 
Kak Zuraiyah


Dr Hashimah mengendalikan TAJMA





Sesi ice breaking


Ucapan perasmi







No comments: