Rumusan peserta program
Terima kasih tuan pengetua
Terima kasih guru kaunseling
Hari ini UBK menganjurkan lawatan ke Tunas Bakti, Sungai Besi. Lawatan yang terbuka kepada murid PRS dan juga murid yang berminat untuk mendekati sendiri penghuni Tunas Bakti ini.
Disambut sendiri pengetuanya dan guru kaunseling. Sesi taklimat oleh pengetua sendiri dan ceramahnya yang santai dan menyelinap ke dalam hati anak anak Cherasian saya. Enjoy your life but have your limit.
Jangan biarkan ibu anda menangis kerana anda...turning point yang boleh merubah tingkah laku kepada yg lebih baik.
Jangan biarkan ibu anda menangis kerana anda...turning point yang boleh merubah tingkah laku kepada yg lebih baik.
Selepas sesi ceramah dijalankan, 6 anak anak Tunas Bakti duduk di dalam setiap kumpulan yg terdiri dari 6 kumpulan besar. Murid murid saya dipecahkan kpd 6 kumpulan untuk mendengar sesi perkongsian cerita sebenar yang berlaku kepada penghuni Tunas Bakti ini hingga mereka berada di sini.
Sesi perkongsian mengenai pelbagai salah laku yg telah dibuat seawal umur 13 tahun lagi. Anak anak PRS saya mendapat pengalaman sebenar bersesi soal jawab dengan penghuni Tunas Bakti ini.
Kehidupan di rumah Tunas Bakti lebih baik berbanding mereka berada di dalam penjara.
Kehidupan di rumah Tunas Bakti lebih baik berbanding mereka berada di dalam penjara.
Antara intipati rumusan yang dibuat oleh setiap ahli PRS dalam kumpulan ini ialah:
1) Hargai ibu bapa anda dan dengar kata mereka kerana bantahan mereka ada manfaatnya.
2) Jangan mula perbuatan salah walau kecil dan nampak remeh kerana apabila sudah terbiasa ingin cuba membuat salah untuk perkara yg lebih besar pula
3) Berkawan dengan orang yg lebih dewasa perlu berwaspada kerana anda boleh dipergunakan untuk tujuan yg mendatangkan keuntungan bagi org dewasa tersebut tetapi kemudaratan kpd diri anda
4)Jangan menyentuh dadah kerana sekali terjebak membawa kepada jenayah yang lain pula.
Kem Kepimpinan PPDa
Hulu Langat, Nur Lembah Pongsun