1 April 2019

Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa anjuran PERKAMA Antarabangsa





Hari ini ke Fakukti Pendidikan UPM menggamit memori 17 tahun lepas saya menyambung pengajian Master Sains  Psikologi Pendidikan tahun 2001 hingga 2003 dahulu. Makin besar renovation dalam kawasan ini.
Pertandingan inovasi yang melibatkan 3 kategori iaitu kategori pelajar IPT, kategori pengamal kaunseling dan kategori pendidik.
Kami diletakkan di bawah kategori pengamal kerana difahamkan kategori pendidik ialah pensyarah universiti.
Berada di fakulti ini dari pukul 8 pagi hingga 4 petang untuk pameran kepada peserta seminar kaunseling kebangsaan dan dalam masa yang sama penjurian di dijalankan.
Seramai 3 juri telah mengadili kami dan dari 3 latar belakang berbeza. Seorang Dr Isa penyelaras Kursus  SPADA Pencegahan Dadah di USIM, seorang lagi ASP dari Penjara Kajang, dan seorang lagi Dr Salina.
Tak boleh bergerak ke mana mana hari ini untuk melihat pembentangan selari memandangkan selagi penjurian tidak habis 3 orang juri datang ke kami selagi itu kami tidak dapat bergerak ke tempat lain. Memandangkan kami juga antara orang yang terakhir dijuri, maka tak banyaklah pameran yang dapat kami kunjungi.

Kami mempertandingkan analan amalan yang dijalankan oleh UBK dan disusun dalam bentuk modul untuk program kaunseling berfokus peningkatan disiplin. Jika dapat pingat adalah rezeki kami. Jika tidak mendapat pingat ..kami dapat pengalaman. 

Musibah kekalutan
Ada kemanisan


































 

Telegram Channel