10 June 2019

Kertas Kerja RIMUP Hari Raya Peringkat Sekolah 2019




Mood bekerja selepas. tamat cuti Hari Raya. Saya share kertas kerja Rimup Raya dgn gambar murid murid yg telah selesai  majlis khatam Quran sempena penutup Ihya Ramadhan yg diketuai oleh Ustaz Nasrun sbg projek terakhirnya sebelum berhijrah. Terima kasih ustaz

KERTAS KERJA
 RIMUP SAMBUTAN HARI RAYA
PERINGKAT SEKOLAH
2019

1.0     PENGENALAN

          Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah. Memandangkan program Hari Terbuka iaitu program perbincangan dengan ibu bapa mengenai pelaporan akademik anak mereka diadakan juga dalam bulan Syawal, maka aktiviti Hari Raya diadakan dengan lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa. Sambutan Hari Raya dan program Guru Penyayang yang dijalankan dapat membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil badan beruniform sebagai persembahan selingan. Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

2.0     Matlamat
           
            Meningkatkan semangat perpaduan antara kaum melalui aktiviti

            badan beruniform menganjurkan jamuan Hari Raya di stesen masing – masing.


3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT  : 22 Jun 2019 di  Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/
                                                                                                                    
                                            

4.0       SASARAN

            Semua warga sekolah




5.0       Objektif

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

6.0       KPI

Output
Terdapat kerjasama antara kaum dalam badan beruniform sewaktu persembahan dan penyediaan jamuan makanan.

Outcome
Murid dapat menjalinkan kerjasama dalam akademik dan kokurikulum melalui sukarela bekerjasama tanpa memilih untuk mejalankan aktiviti bersama satu-satu kaum sahaja.



7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Harga

Jumlah

Sumber

1.

Makan minum murid

1000 orang x RM 1.50
1000 orang x RM 1.00 1000 orang x RM 1.00

RM 1,500.00
RM 1,000.00
RM 1,000.00

Kokurikulum
SUWA
Sivik
2.
Hadiah Pertandingan
Hamper
Tempat pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga


1 unit x RM 70.00
1 unit x RM 60.00
1 unit x RM 40.00


RM   70.00
RM   60.00
RM   40.00
RM 170.00


SUWA – RM 170

3.

Jamuan ibu bapa & guru

250 orang x RM 8.00

RM 2000.00

PIBG

Jumlah

RM 6,170.00


           









8.0     AHLI JAWATANKUASA

                      Pengerusi                   :        Encik Jamil Bin Jamaludin
          Timbalan Pengerusi              :        Puan Salehah Bt Ali
           Naib Pengerusi                     :        Cik Lee Swee Ching
                                                            :        Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                               Pn Maheran Bt Abdul Mutalib                              
          Setiausaha                             :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat
           Naib Setiausaha                   :         Cik Hufaidah Bt Zakaria

            Bendahari                             :           Pn Sharihan Bt Shaari

           Penyelaras                 :          Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh                      

1
AJK PENGURUS PROGRAM
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh

Cik Hufaidah Bt Zakaria
1.    1. Menyediakan cabutan untuk menu
2.        makanan yang perlu disediakan oleh setiap
3.         badan beruniform
4.    2. Menyediakan pelan kedudukan tapak
5.        untuk setiap gerai
6.    3. Bertindak selaku pengurus program di
7.        dalam dewan untuk aturcara di dalam 
8.        dewan.
9.    4. Menyediakan penilaian pemarkahan untuk
10.       pertandingan stesen badan beruniform
11.       Terbaik
2
AJK MAJLIS PERPISAHAN GURU

KELAB GURU
Pn Khairul Akhmar Bt Omar (K)
Pn Salina Mohd Isa
Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
Pn Usha Kumari a/p Ramu


12.   
1. Menguruskan majlis perpisahan guru
3
AJK PENDAFTARAN DAN BUKU PROGRAM
Cik Noraini Jamaluddin (K)
Puan Nafsah Bt Mohd Shah


13.  1. Menyediakan pendaftaran guru
2. Menyediakan  buku program
3
AJK JEMPUTAN

Puan Nurhaiza Bt Che Mat (pagi)

Puan Raudzah Bt A.Rahman (PIBG)

Puan Murniyati Bt Masari (petang)

·    1. Menyediakan dan mengedarkan surat    
          jemputan kepada PIBG
      2. Mengedar surat jemputan kepada ibu
          bapa/murid dan tetamu yang terlibat
·     3  Memaklumkan kepada penyelaras dan AJK
          Jamuan pengesahan kehadiran tetamu dan     
          ibu bapa
4    
4
SAMBUTAN/PROTOKOL

Puan Ooi Bee Khuan (K)
Puan Nor Alamiyah Bt Zakaria
Puan Jasmail a/p Peara Singh
Puan Norzmi Bt Abdullah


·     1.  Menyambut ketibaan ibu bapa dalam
           dewan
·     

5
AJK Pengacara Majlis
Puan Haslina Bt Rahim (K)
Pn Faizah Bt Rahim

·     1. Bertindak selaku pengacara majlis
           sepanjang program diadakan dengan   
           melatih pengacara murid

6

AJK Back Drop
Encik Abdul Aziz B Arbi
Murid Seni Reka Tanda



1.    Menyedia, memasang dan menurunkan backdrop
  7
AJK Keceriaan Pentas

Puan Nor Afzani Bt Shahdin (K)
Puan Noor Nadiah Bt Tajuddin
Cik Nurul Arina Bt Asha’ari
Cik Tuong Loy Mui

2.   Menceriakan kawasan pentas mengikut tema Hari Raya
2.    Mengemas dan memulangkan peralatan yang dipinjam
8
AJK Persiapan Dewan

Puan Rozinani Bt Awang (K)
Cik Lee Kiet Wei
Pn Ang Choon Ai
En Azrin B Mat
Encik Marodzi Bin Mehat

1.   Menyediakan susun atur dan pelan lantai dewan
2.   Menyediakan kerusi meja yang diperlukan
3.   Menyediakan alas meja untuk setiap meja makan dan meja pengacara majlis.
4.   Memulangkan semula peralatan yang dipinjam
9
AJK Guru Penasihat Badan Beruniform

PBSM :
Pn Tipah Bt Ngah/ Pn Siti Amrah Bt Mohd Idris / Pn Haliza Bt Halid/ En Abdul Rasyid B Zakaria

Pandu Puteri: Pn Kanagambigai a/p Ramoo / Puan Farah Hanum Bt Ramly/ Cik Nor Zalifah Bt Hanafi/ Pn Maizatul Akma Bt Mamat

 Kadet Bomba:
Pn Atirah Bt Mohd Riduan /En Ganesan a/l Vadivelu/  Pn Zahirah Bt Abdul Halim/ Pn Norazah Bt Aris

PKBM:
En Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ya/ En Mohd Rizal Bin Mat Salim /En Ahmad Azran B Abdul Rahman/ Cik Hamizah Bt Md Aris

KRS:
Pn Amira Mamat/ En Nik Rahmat B Nik Mood/ Pn Amirah Bt Muhamed Kamil/ Pn Suhaily Bt Mohammad Nazri

 Kadet Polis:
En Yahya Bin Mat Yasin/ Pn Solehah Bt Ahmad/ / Pn Faiza Bt Mamat/ Pn Hashida Bt Md Isa

Puteri Islam:
Pn Nor Haizad Bt Mohd Taharim/ Pn Haslina Bt Hashim/ Pn Nurul Hamiza Bt Nodzeri/ Pn Murni Bt Mat Jali


Seni Silat:
En Hazmer Bin Mamat/ Pn Thahabian Bt Ab Rahman/ Pn.Soraya Bt Abdul Rafar/ Pn Aisyatul Nazliah Bt Abdul Rani

Pengakap: Cik Aida Azlina Bt Ramli/ Puan Kavitha a/p Chelliah/ Pn Laili Azuwa Bt Tamrin/ Pn Naimah Bt Ibrahim


2.    Mengambil bancian kehadiran murid ke
      sekolah pada hari tersebut
3.    Berbincang dengan murid tema, hiasan stesen masing-masing dan pertandingan yang dijalankan
4.    Menyampaikan maklumat mengenai aturcara program, menu dan sebagainya
5.    Memastikan AJK Badan Beruniform dapat menjalankan tugas
6.    Memastikan pasukan masing-masing dapat mengemas semula stesen masing-masing


10
AJK Persembahan

Pn Norlaili Bt Ani (K)
Pn Umi Salbiah Bt Ab Rahman



1. Mengadakan selingan persembahan
2. Memilih peserta yang ingin membuat persembahan

11
AJK Siaraya

En. Balasegar a/l Muniandy(K)
Pengawas Siaraya


1.    Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
2.    Memutarkan lagu hari raya dan lagu yang sesuai

12
Disiplin Dan Lalu Lintas

En. Mohd Noor b Mat Deris (K)
En Chan Yoong Keong
Pn Noraida Mohamed
Pengawas Sekolah



1.    Memastikan tempat meletakkan kereta
2.    Memastikan disiplin terkawal supaya majlis dapat berjalan dengan lancar
13
Peralatan

En Amiruddin Bin Mohd Yusoff (K)
En Masrizal Bin Abu Bakar
En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff

1.      Memohon pinjaman peralatan untuk kelicinan program
2.      Menyediakan kerusi dan meja yang diperlukan


14
AJK Stesen Makanan

Pn Norhana Bt Taufik (K)
Pn Rodiyah Bt Mohamad
Pn Narinder Kaur a/p Peara Singh
Cik Jamaliah Azmirakarimah
Pn Zuhaida Bt Abdullah
Pn Suhaibah Bt Mat
Puan Amila Bt Abdullah
AJK PIBG

1.    Membuat tempahan makanan berdasarkan bajet bersama PIBG
2.    Menyediakan menu dan stesen makanan untuk guru / PIBG/ ibu bapa

15
Dokumentasi Dan Teks Ucapan

Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek (K)
Pn Norhaniza Abd Jamil
Pn Nurul Saadah Bt Ismail
Pn Mahnun Bt Ibrahim


1.    Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan dalam buku dokumentasi
2.    Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang post mortem dan borang penilaian yang disediakan
3.    Menyediakan teks ucapan pengetua
4.    Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

16
AJK Jurugambar

En Rahimi Bin Abd Karim (K)
Pn Norliza Binti Rafie

1.    Membuat rakaman video dan menangkap gambar

17











AJK Kebersihan

Pn Normilah Bt Mohd Noh (K)
En Mohd Ikhwan Bin Che Muda
Pn Farah Aisyah Bt Shamsudin


1.    Memantau kebersihan kawasan sekolah
2.    Menghubungi pekerja pembersihan bagi memastikan tempat pembuangan sampah bersih dan tidak berbau pada hari program
3.    Memastikan kawasan sekolah bersih
sebelum dan selepas majlis
18
AJK Hadiah

Puan Sharihan Bt Shaari
Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah
1.    Menyediakan hadiah untuk 3 pemenang stesen badan beruniform terbaik








9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN
           
9.1       URUS SETIA
           
            Unit Kokurikulum Dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling



9.2     TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi                       : Berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.45 pagi                       : Majlis Perpisahan Puan Norliza BorhaN, Ustaz Nasrun Dan Pn     
                                        Raudzah A. Rahman
8.20 pagi                      : Ucapan RIMUP Raya
8.30 pagi                     : Jamuan makan di kantin untuk murid –murid badan beruniform
   dan jamuan makan di dewan
                                     :  Persembahan santai di dewan                                                                  
10.00 pagi                     :  Gotong royong mengemas kawasan penyediaan makanan
10.30 pagi                     :  Bicara Akademik di kelas masing- masing
                                         Bicara Akademik di dalam Dewan untuk murid Ting 5
12.30tgh hari              : Bersurai


10.0    PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab

Kemalangan

Kecuaian

Menghubungi ibu bapa

Guru bertugas


11.0     PENUTUP

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.
Ulasan
________________________________________________________________  
________________________________________________________________           
Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)


Selamat Hari Raya
Welcome back  to school

2 comments

Assalamualaikum..saya ada baca tentang spm calon persendirian dan ulangan...boleh saya tahu pakaian untuk calon spm persendirian semasa kertas 4 prinsip perakaunan..

waalaikummussalam
pakaian yg kemas, sopan umpama ingin menghadiri interview dibenarkan.

 

Telegram Channel