Total Pageviews

6 July 2019

Minit Mesyuarat Agung PRS Sesi 2019/2020














4.7.2019
Masa
2:30 – 4.00 petang
Tempat
Unit BimbinganKaunseling
JumlahKehadiran
25/30
Kehadiran Guru Penasihat
1.Puan Nurhaiza Chemat
2.Puan Rozinani Binti Awang
Aktiviti
Pelantikan Ahli Jawatankuasa
Perancangan PRS 2019
ObjektifAktiviti
Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan juga merancang aktiviti sepanjang tahun
Laporan Kegiatan
Mesyuarat Agong




MINIT MESYUARAT AGUNG
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2019/2020
NAMA UNIT: PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
GURU PENASIHAT :   1.  PN NURHAIZA BINTI CHE MAT
                                         2. PN ROZINANI BINTI AWANG

1.0    UCAPAN ALU-ALUAN
PN NURHAIZA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN AHLI BAHARU KE UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN MEMULAKAN MESYUARAT DENGAN UNDIAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA YANG BAHARU

2.0     PERKARA–PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.1  PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA. MESYUARAT TELAH BERSETUJU MELANTIK  AHLI JAWATANKUASA YANG BAHARU.

BIL
NAMA
JAWATAN
1.
NUR HANA HUMAIRA BINTI RODZAINI
PENGERUSI
2.
TIEHANIE BATRISYA HAMZAH
NAIB PENGERUSI
3.
KAMELIA NATASHA BINTI KAMARUDIN
SETIAUSAHA
4.
NUR JULIA HANA BINTI JALANI
NAIB SETIAUSAHA
5.
NURAIN SYAKIRAH BINTI RODZAIDI
BENDAHARI
6.
MUHAMMAD HIDAYAT BIN MOHD TAUFIQ NUR
NAIB BENDAHARI
7.
NUR SHAFIQA NAZIRA BINTI AHMAD SHAHRULAZWAN
AJK LAWATAN & PSIKOMETRIK
8.
MUHAMMAD ALIF BIN ABDUL JAFFAR
AJK KECERIAAN & RAI
9.
AYUNI AMANINA BINTI AB AZIZ
AJK PENGACARA MAJLIS/ KURSUS & LATIHAN

2.1.1  Harapan kepada semua jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas    dengan amanah dan penuh bertanggungjawab. Selain menjadi ‘role model’ atau pelajar contoh kepada ahli yang lain.
2.1.2  Ahli jawatankuasa boleh dilucutkan jawatan sekiranya tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
2.1.3  Semua ahli perlu memberikan kerjasama dan sokongan kepada semua ahli jawatankuasa.

2.2  CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN

BIL
AKTIVITI
1.
HARI KELUARGA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
2.
TAMAN TEMA AIR
3.
LAWATAN PENANDAARAS PRS
4
JADUAL BERGILIR SAMBUTAN MURID DI PAGAR
5
KURSUS DAN LATIHAN PRS BERJADUAL
6
AKTIVITI PENGUCAPAN AWAM


2.3  PERINGATAN TENTANG
2.3.1        KEHADIRAN
Kehadiran adalah wajib untuk setiap kali perjumpaan. Murid yang tidak hadir 3 kali akan diberi surat amaran. Kehadiran untuk setiap program perlu direkodkan.

2.3.2        PENYERTAAN / PENGLIBATAN
Semua ahli wajib menyertai aktiviti sekurang-kurangnya peringkat sekolah. Peringkat penglibatan tertinggi adalah sehingga peringkat kebangsaan.

Sila dapatkan pengesahan daripada guru pembimbing atau guru pengiring sekiranya murid terlibat dengan pertandingan peringkat zon dan lain-lain.

Penyertaan murid-murid akan diambil kira sama ada murid menjadi peserta, penyokong atau memberi khidmat sebagai jawatankuasa sesuatu program atau pertandingan.

Semua maklumat perlu disahkan oleh guru pembimbing atau guru pengiring ke dalam  Buku Kokurikulum Murid. Guru penasihat akan merekod dalam ruangan penglibatan murid dalam Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum.

2.3.3        PENCAPAIAN
Markah pencapaian akan diambil kira sekurang-kurangnya untuk peringkat sekolah hingga tempat ke lima. Minta guru pengiring atau guru pembimbing untuk mengesahkan pencapaian dalam Buku Kokurikulum.

2.3.4        Murid-murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti supaya mendapat markah yang cemerlang.
2.4  PERATURAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI
              Disiplin: Sentiasa berpakaian kemas dan hadir di setiap perjumpaan 
              Kutipan yuran: Tiada kutipan yuran diambil
3.0  HAL-HAL LAIN
        Tiada

4.0  PENUTUP
Pn Nurhaiza Binti Che Mat  mengucapkan terima kasih kerana telah memilih untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah. Ahli diingatkan untuk sentiasa hadir pada setiap perjumpaan dan diharap semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.


     Saya yang menjalankan tugas,

   
     (KAMELIA NATASHA BINTI KAMARUDIN)
     SETIAUSAHA

    

     Disahkan oleh,


     (PN NURHAIZA BINTI CHE MAT)
     GURU PENASIHAT

Alhamdulillah
Precious day

No comments: