Total Pageviews

4 December 2019

EduBlogger Meetup







Mengikuti perjumpaan blogger pendidikan di Apple Training Menara CIMB untuk dua hari bermula hari ini.
Menimba banyak ilmu untuk mengembangkan lagi kreativiti dalam penghasilan blog. 

Menghasilkan blog memerlukan passion. Hanya yg passion krn dgn adanya blog akan terhasil konsep blogger sbg author iaitu penulis, advocator iaitu orang yg menganjurkan sesuatu . Dari situ menuju step seterusnya iaitu anda boleh juga bertindak selaku advisor kerana membimbing dan coaching orang lain terhadap bidang kepakaran anda berdasarkan artikel yg anda tulis dan selaku ambassador untuk organisasi atau negara anda kerana tulisan anda boleh dibaca seluruh negara. 

Dikelilingi oleh blogger pendidikan yg terkenal seperti cikgu hilmi, cikgu siber.com, cikgu share.com, cikguel.com dan raihanah jalaludin antara blogger yg mmg menjadi rujukan guru.

Saya belajar mengenai penampilan wajah blog dengan gambar dari GIF, membuka akaun tweeter dan bagaimana dgn satu entri blog kita boleh share di merata media sosial dgn cara yg berbeza. Saya belajar bagaimana pentingnya mempunyai domain tersendiri untuk secure hak milik blog kita. Belajar di Apple Training ini, kita perlu menggunakan ipad Apple yg dibekalkan..wah memang teruja guna aplikasi pada ipad yg memang menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif dalam penghasilan bahan bantu untuk tujuan pendidikan.

Saya setuju dgn ayat cikgu hilmi, makin banyak kita memberi ilmu semakin banyak yang kita dapat.
#EveryoneCanCreate













No comments: