Total Pageviews

2 January 2020

Mentor Mantee SMK Cheras 1/2020


Selamat kembali ke sekolah anak -anak ! Berjumpa lagi kita di tahun 2020. Bagi anak-anak yang baru melangkah ke SMK Cheras, selamat datang saya ucapkan :)

Hari ini sebaik sahaja perhimpuanan adalah aktiviti mentor mantee untuk kali 1/2020:
Tahun ini saya dapat lagi 5 ibnu rusyd selaku mentor 2. Kali ini bergandingan dengan Ustazah Tengku Laila selaku guru tingkatan iaitu mentor 1  untuk kelas ini. 

Hari pertama saya menetapkan matlamat untuk kelas ini, kerana saya percaya melalui penetapan matlamat , ia seperti membawa murid ke arah satu hala tuju yang kita ingin capai. Saya menasihatkan mengenai pentingnya peningkatan sahsiah yang baik dengan kehadiran yang baik dan tiada salah laku. Ia akan membuatkan diri kita berdisiplin, disenangi dan testimonial akhir tahun untuk sijil berhenti sekolah juga akan baik. 

Bagi meningkatkan motivasi, saya wujudkan sistem merit dimerit dari aspek kehadiran kelas purata mesti 90% ke atas setiap bulan, dan keceriaan kelas di tahap terbaik. Jom kita tengok apa yang berlaku selepas ini..



Aktiviti
1. Murid melengkapkan profil murid dlm borang spsk.
2.suaikenal antara murid dalam kelas melalui profil diri tetmasuk mentor perlu menceritakan latar belakang diri. 
3. Matlamat kelas bincangkan dari aspek akademik dan disiplin kelas. Boleh tetapkan ganjaran dan tindakan jika murid dapat mencapai matlamat kelas atau melanggar peraturan. 
4. Pengurusan kelas dari aspek jawatankuasa murid dalam kelas serta skop tugas jk kelas. 
5. Perbincangan mengenai sudut sudut ilmiah dalam kelas yg bersifat PAK 21. 
6. Mengumpul profil murid untuk diserahkan ke UBK oleh ketua kelas.



Thank you Dr MM 
For 20 months with us
Who next..??











No comments: