Total Pageviews

29 February 2020

Kertas Kerja Kem Motivasi Imtiyaz


Hari ini kami ke Nur Bukit Unggul Sepang setelah 6 tahun saya tidak menggunakan kem ini. Ini kerana kos pengangkutan sahaja sudah mahal manakala kos menggunakan konsultan sudah tentu saya tidak akan mendapat dengan harga RM60 yang murid bayar untuk kos makan , penginapan dan bayaran konsultan. So sekali lagi seperti 6 tahun lepas menggunakan perkhidmatan kami sendiri tenaga kerja nya .Maklumlah murid murid dah bosan dengan Hulu Langat saban tahun. So ambik angin luar Hulu Langat. Saya share kertas kerja di sini.


KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI
KELAS BAHASA ARAB DAN KEMAHIRAN AL-QURAN
SMK CHERAS 2019


1. 0      PENDAHULUAN

            Visi memacu sistem pendidikan di Malaysia berlandaskan aspirasi terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia yang merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional perlu digerakkan oleh guru yang beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini dirangka bagi kumpulan sasaran iaitu murid kelas aliran agama yang merupakan kelas kawalan di SMK Cheras. Modul yang digunakan merangkumi enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin melalui daya jati diri kepimpinan sepanjang kem, kemahiran dwibahasa dengan perbualan Bahasa Arab komunikasi dan Bahasa Malaysia sepanjang kem, memupuk etika dan kerohanian dengan modul pemantapan agama dan solat sunat serta identiti nasional dalam kerja berkumpulan. Penganjur berharap agar program ini merupakan salah satu penggerak bagi mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan.

2.0       MATLAMAT
            Meningkatkan minat murid belajar Bahasa Arab dan  Al-Quran di samping meningkatkan
             Motivasi belajar.

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           29 Feb – 1 Mac 2020

                                                                       :           Nur Bukit Unggul, Sepang, Selangor
                                  
           4.0       SASARAN                              :           60 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan
  1, 2 dan 3 Imtiyaz.

5.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

            1) Membimbing para peserta untuk memupuk kemahiran belajar Bahasa Arab dan Al
  Quran, mempunyai disiplin diri yang tinggi serta fokus kecemerlangan diri
2.  Memupuk nilai  etika dan kerohanian bagi meningkatkan kualiti sahsiah diri
       yang  unggul                 
            3.   Membentuk kerjasama antara sekolah, murid dan guru bagi meneruskan
                  agenda kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di peringkat yang
                  lebih  tinggi.


6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)


Output
Penglibatan 90 % murid KAA dalam aktiviti yang dirancang
Memberikan pengalaman kepada murid melalui aktiviti yang dirancang
Penerapan nilai –nilai bekerjasama dalam kalangan murid yang terlibat
Penerapan berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri secara bertatasusila ketika aktiviti
Outcome
Peningkatan minat murid dalam subjek Bahasa Arab dengan kelulusan 100%
Peningkatan minat murid dengan 100%  menyertai aktiviti kelab Bahasa Arab Dan KKQ sewaktu perjumpaan kokurikulum.

                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
            

BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
Yuran makan , penginapan dan modul
Murid
RM 60 x 60 orang
RM 3,600
2
Pengangkutan bas 1
Murid
RM 20 x 60 orang
RM 1,200
3
Tajaan yuran dan penginapan fasilitator murid PRS
Koperasi
RM 70 x 8 orang
RM    560
4
Pengangkutan bas 2
Suwa
RM 1,200
RM 1,200
5
Bayaran jurulatih untuk dua aktiviti dalam flying fox dan team building
PIBG
RM 15 x 60 orang
RM    900
RM 7,460





            8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi:
Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua )

Naib Pengerusi
Cik Lee Swee Ching ( Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum)


Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras


            Penolong Setiausaha
            Penyelaras Kelas Aliran Agama

                              
         Jawatankuasa Kerja               

BIL
AJK
BIDANG TUGAS
1
Penyelaras

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

M   Menyediakan kertas kerja
·       Mengatur modul dan kelancaran program
·       Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa
2
AJK Pendaftaran

Pn Nafsah Bt Mohd Shah
Pn Murni Bt Mat Jali

·       Mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa
·       Menaip senarai nama peserta program
·       Mengambil kedatangan murid sewaktu pendaftaran
·       Membuat salinan pendaftaran kepada
AJK Sijil dan AJK Dokumentasi
3
AJK Penginapan/ Dokumentasi

Pn Nor Nadiah

     
      Bertugas sebagai AJK Penginapan
·       Menyediakan dokumentasi setelah program selesai
·       Mengambil gambar yang bersesuaian untuk dokumentasi  
      Menyediakan penilaian program
·       

4

Pengangkutan

Puan Tipah Binti Ngah
Puan Normilah Bt Mohd Noh


M   Menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik
·       





9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Konsultan


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM




HARI / MASA

HARI PERTAMA
29 FEBRUARI 2020
7.30 pagi
Pendaftaran di Astaka Sekolah
8.00 pagi
Bertolak ke Kem Nur Bukit Unggul, Sepang, Selangor dari SMK Cheras
9.00 pagi
Tiba di Kem Nur Bukit Unggul, Sepang, Selangor
9.30 pagi
Ice Breaking
Pembentukan Kumpulan
10.00 pagi
Flying Fox Dan Obstacle
12.30
Tengah Hari
Makan Tengahari / Solat Zohor
3.00 petang
Stesen Kemahiran Menghafaz Surah Al – Quran
4.30 petang
Solat Asar Dan Minum Petang
5.00 petang
Aktiviti Berpasukan: Kemahiran Kosa Kata Bahasa Arab
6.30 petang
Makan Malam / Kemas Diri
7.30 malam
Solat Maghrib
Kuliah  Maghrib
Solat Isyak
9.00 malam
Public Speaking
Kemahiran Komunikasi:
Keyakinan Dan Ketrampilan Dalam Komunikasi Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab
11.00 malam
Minum Malam
12.00 malam
Tidur




HARI / MASA

HARI KEDUA
1 MAC 2020
5.30 pagi
Bersiap
6.00 pagi
Tazkirah/ Solat Subuh
7.00 pagi
Riadah
8.00 pagi
Sarapan pagi
8.30 pagi
Sesi fotografi mengikut tingkatan dan gambar beramai –ramai peserta kem
8.45 pagi
Mengemas bilik
9.15 pagi
Kemahiran Mengurus Stress
11.00 pagi
Rumusan Dan Penilaian Peserta
11.35 pagi
Majlis Penutup
Ucapan Penutup
Penyampaian Hadiah Kumpulan Terbaik
Penyampaian Hadiah Peserta Terbaik
12.00
Tengah Hari
Makan Tengah hari/ Solat Zuhur
1.00 tengah hari
Bertolak balik dari Kem Nur Bukit Unggul Ke SMK Cheras
2.00 petang
Dijangka tiba di SMK Cheras






10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan
Kecuaian
Hantar ke klinik berhampiran
Guru bertugas






11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                        1) Borang Penilaian Peserta
                        2) Borang Maklum Balas AJK


            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Rekod Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
                        2) Rekod Akademik Bahasa Arab



12.0     PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri serta membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang unggul. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk jati diri  yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.


Disediakan oleh :                                                                               
                              
                                                

Puan Nurhaiza Bt Che Mat                                                                                                                                                                                 
Guru Kaunseling                                                                                
SMK Cheras
Tarikh:



Ulasan:


_____________________________________________________________________________                       
                            
                                               
Diluluskan/ Tidak diluluskan,    


Encik Jamil Bin Jamaludin 
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:


Tahniah Tan Sri 
PM ke 8 Malaysia
Hari ini dalam sejarah








































No comments: