5 May 2020

Pra Rakaman TV: Panduan Muncul di TV


Pra Rakaman di Bukit Kiara. Seorang demi seorang kena test untuk mudah mesra kamera..dan mendengar apa yg pegawai ingin memberi ulasan. 

1. Perlu menghafal 80 peratus skrip agar tidak terlalu nampak mata cari skrip
2. Kena nampak santai bukan stress dan nampak seperti menghafal skrip. 
3. Perlu berlatih depan cermin nampak yakin
4. Intonasi suara jgn seperti hafal skrip
5. Informasi kena seiring. Latih secara pairing iaitu kawan yg sama sama berlatih boleh dirujuk. Kena gelak gelak agar mood depan TV nampak enjoy.
6. Kena ada identiti bawa nama BPSH 
7. Intonasi berlatih secara pairing untuk buka mood. 
8. bersedia masuk TV emosi dan perasaan
9. Bina identiti bukan kerana kita kurus atau gemuk tp dari segi penyampaian seperti abang kakak, ibu ibu, atau keguruan. Yang menilai kita cantik adalah penonton. 
10. Efek penerbitan inginkan gambar secantik mungkin dalam skrin TV. 
11. Duduk atau berdiri terpulang yg mana selesa. Bagi yg aktif sgt suka kd hulu hilir dicadangkn duduk.
12. Cistume sesuai dgn tajuk. Bawa 2 hingga 3 baju dan jgn pakai baju biru kerana rakaman blue skrin. 
13. Bersolek dari rumah kerana tukang solek rakaman akan touch up mana yg sesuai je dgn 32 tona warna.
14. Pilih kata kata hikmah di akhir sbg identiti
15. Jgn guna ayat leweh...maksimum 10 ayat 1 perkataan. Mencipta rasa dalam bahasa
16. Ada 2 kamera. I untuk close up part tubuh badan, reaksi muka. kuku dan tangan so make sure kebersihan dijaga..yang penting kecantikan depan skrin
17. Every single words adalah tanggungjawab KPM maka 0 error ejaan dalam TV utk teks yg muncul di TV.
18. Format grafik ikut shoot dan skrip untuk memudahkan bhgn grafik paparkn pada masa yg betul. 
19. Penggunaan BM sepenuhnya jgn rojak rojak
20. Jangan pakai baju berjalur
21. Jgn pakai cermin mata biasa kerana ada pantulan sinar. Pakai multi coated. 
22. Capahan idea dari skrip dan latar yg sesuai boleh ditentukan artis sendiri tapi dibincangkan 
23. Pakaian korporat biasa..atau korporat tali leher..atau batik..atau baju sukan disesuaikn ikut skrip

Ramadhan ke 9


 

Telegram Channel