25 August 2020

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Semakan Transisi Murid Darjah 6 Ke Ting 1

Hari ni saya ke Putrajaya E8. List nama peserta bengkel Semakan Draf Garis Panduan Transisi Murid Darjah 6 ke Ting 1 anjuran Bahagian Dasar KPM hanya 4 org sahaja familiar di mata saya iaitu dgn title guru kaunseling. Yg lain memang saya tidak kenal. Satu kumpulan saya adalah PK HEM dan sebelah kumpulan saya ialah pegawai PPD/ JPN dan ada Bahagian. 

Saya diletakkan di kumpulan sekolah dengan bersama 8 orang lagi peserta dari sekolah untuk menyemak draf garis panduan transisi darjah 6 ke tingkatan 1. Oleh sebab saya sudah bersama dgn group murid berisiko cicir dan cicir KPM dari tahun 2018 lagi maka term yg digunakan dan intervensi yg patut digunakan dikenalpasti.
Isu terbesar group kami yg dibentangkan
Mengapa murid darjah 6 tercicir dari persekolahan sewaktu naik ke ting 1. Adakah intervensi itu patut diusahakan oleh guru kaunseling sekolah menengah yg kena mencari murid ini sedangkan mereka tidak wujud data di sekolah menengah. Hanya nama sbg feeder school sahaja. Atau dipulangkan semula nama nama yg tidak mendaftar tersebut ke sekolah rendah memandangkan murid itu sudah lama berada di sekolah rendah. Maka sudah tentu data APDM yg sudah menjadi sejarah tahun sblmnya masih lagi ada pada simpanan sekolah rendah . Jika tidak ada, sekolah rendah sudah mula perlu menyimpan data data murid muridnya dlm bentuk softcopy atau hardcopy. Semua detail boleh diakses dan pencarian ke manakah mengesan murid murid ini cicir melalui rakan atau apa sahaja info yg diperolehi dgn alasan murid itu dikenali oleh guru sekolah rendah. Seperti mana guru kaunseling perlu mengesan tracer study jejak lepasan SPM menyambung pengajian ke mana
Manakala murid cicir transisi dari darjah 6 tidak dapat dikesan oleh guru kaunseling sekolah menengah memandangkan murid langsung tidak pernah mendaftar. 
Once murid mendaftar dan menjadi murid sekolah menengah, maka sudah tentu detail APDM ada dalam simpanan untuk guru sekolah menengah mengesan murid berisiko cicir di tingkatan 1 pula. Oleh itu ke manakah murid ini hilang dalam tempoh transisi, guru kaunseling sekolah rendah yg dapat memberikan respon yg lebih baik krn murid ini mungkin pernah berada dlm list murid berisiko cicir sewaktu darjah 6 dan dijalankan intervensi atau mengesan melalui data data , rakan rakan dan sebagainya utk dilaporkan ke PPD. 

Isu terbesar ini kami bincangkan memandangkan hingga sekarang ada isu tolak menolak antara feeder school menengah dgn sekolah rendah dalam mengesan murid cicir. 
Orait tunggu draf garis panduan yg dimurnikan nanti untuk diletakkan peranan siapa yg perlu dipertanggungjawabkan. 


Thanks Yus
Nice handmade souvenier.
 

Telegram Channel