Total Pageviews

30 October 2020

IKON Inspirasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang Sekolah Menengah Peringkat Kuala Lumpur 2020

 



Bulan Oktober memang sentiasa menjadi bulan favourite saya..menuai hasil. Kerana pattern setiap tahun UBK kami akan menerima pengiktirafan. 

Oleh itu bila waktu pkp COVID ini, saya beranggapan tak boleh nak kekalkan lagi KPI tu lagi


Tapi kalau dah rezeki....Simposium HEM Kuala Lumpur diadakan secara dalam talian hari ini. 

Saya dianugerahkan dengan Ikon Inspirasi Guru Kaunseling Cemerlang Kuala Lumpur..satu anugerah terindah bak kata partner saya sempena bulan kelahiran saya Oktober maka saya dihadiahkan anugerah tersebut hihi...

Dengan yakinnya apabila kategori ini diiklankan, saya tidak mengisi apa apa borang. Saya lebih sibuk menguruskan pertandingan murid ada 13 kategori yang kami masuk...dan dateline back to back. Strategi mewajibkan pembimbing rakan sebaya menyertai sebanyak mungkin untuk markah pajsk mereka. Hinggalah dateline semua pertandingan, boss peringkat negeri menelefon saya memaklumkan bahawa mereka tidak menemui borang saya. Bertambah terkejut apabila saya memaklumkan saya menghantar borang borang untuk pertandingan murid sahaja. 

Bagi saya untuk anugerah guru ini, jika memang rezeki itu untuk saya...maka akan bergolek juga tawaran atau dimudahkan urusan untuk saya memperolehinya.

Rupanya benar, memang mudah betul laluan untuk saya memperolehi anugerah Ikon yang pertama diwujudkan oleh Jabatan pendidikan  Kuala Lumpur ini. 

Allahuakbar...alhamdulillah. 

Terima kasih kepada orang -orang di luar sana selain dari lingkungan ahli keluarga, warga SMK Cheras, 

Kekuatan adalah dari warga SMK Cheras sendiri iaitu pentadbir yang menyokong, guru -guru yang memberikan kerjasama dan positif, pibg dan ksib yang memberikan komitmen. Maka yang berat menjadi ringan dan yang ringan semakin dimudahkan. 

Terima kasih kepada follower blog dan page rasmi facebook saya yang menyebabkan saya sentiasa update dari semasa ke semasa apabila melihat trafic blog saya sentiasa ada permintaan untuk dibaca maka ilmu yang baik disebarkan, saya berharap doakan saya untuk sentiasa sihat, dapat menyebarkan ilmu sebagai satu dari sedekah jariah saya untuk diamalkan. 

Terima kasih kepada semua guru -guru kaunseling Kuala Lumpur khususnya dan di luar KL amnya, yang sentiasa menyokong saya. 


Jumaat yang berkat..


4 comments:

Zurina Zakarya said...

Tahniah!!! Terbaik!
Selayaknya ♥♥♥
Besar sumbangan cikgu kpd perkhidmatan B&K di Malaysia

Cikgu Stanley Anak Vincent said...

Tahniah cikgu. Semua bahan di blog memang rujukan utama saya utk perkhidmatan B&K di sekolah. Terima kasih.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih Zurina. Alhamdulillah atas kata kata positif yang memotivasikan Hari saya dan memberikan inspirasi untuk saya terus menulis

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih Stanley. Terima kasih memanfaatkan penulisan saya dan semoga saya dapat mengekalkan momentum penulisan saya untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah