25 April 2021

Pelantikan Bendahari Kehornat Majlis Guru Kaunseling Malaysia


amanah di bulan Ramadhan. 

Teringat pada tahun 2019, apabila KL jadi tuan rumah Mesy Agong Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan. YDP  bertanya adakah saya sudi dilantik selaku Bendahari MGKK ...memandangkan Bendahari Kehormat ketika itu sudah bertugas sebagai bukan guru kaunseling lagi. Dengan baik saya menolak kerana jawatan saya selaku Timbalan Pengerusi Majlis Guru Kaunseling KL. sudah menuntut saya komitmen yg tinggi dengan pihak luar sekolah. 

Namun tahun 2021 apabila Mesy Agong Majlis Guru Kaunseling WPKL telah dijalankan bulan Mac lepas, team kami Majlis Tertinggi yg sudah berkhidmat hampir 4 tahun melepaskan jawatan kpd team yg baru . Sebaik sahaja saya left group , YDP MGKK menghubungi saya untuk menimbangkan semula pelantikan selaku Bendahari Kehormat Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan. 

Sejujurnya saya menerima pelantikan ini dengan beberapa soal jawab yg dijawab dengan baik oleh YDP dan saya juga tidak menyangka YDP masih lagi sudi bertanya untuk menawarkan jawatan ini selepas 2 tahun lepas beliau bertanya. 

Pelantikan saya juga disaksikan oleh pegawai BPSH KPM En Saiful dan ahli Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan yg terdiri dari YDP MGK negeri negeri lain. Alhamdulillah permulaan yg baik apabila melihat sokongan dari ahli kelurga MGKK sendiri. Dan yg paling penting bagi saya apabila Bendahari Kehormat MGKK yg telah berkhidmat 9 tahun ini memberikan kepercayaan kpd saya utk menggantikan tempat beliau. Beliau meninggalkan dokumen dokumen yg cukup lengkap untuk saya menghadamnya dalam 3 hari ni di Penang. 
Semoga urusan saya dimudahkan. 

Kajang - Penang
Tumpang lalu ye Alor Pongsu :)
Einstein Hotel Penang.





 

Telegram Channel