14 March 2022

Kertas Kerja Orientasi Murid Peralihan Dan Ting 1/ 2022

 

 Hari ini meeting online dengan geng kaunseling SMK Cheras, partner -partner ku tentang aktiviti dan persiapan dalam minggu terakhir cuti sekolah ini menyambut kehadiran murid -murid sekolah bagi sesi tahun 2022.

Kertas kerja ini disediakan oleh partner saya tahun ni Cikgu Azlina yang menguruskan murid murid menengah rendah


KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI MURID BAHARU TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN

TAHUN 2022

 

1.0       PENGENALAN

 

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program hari dan minggu orientasi telah dirangka untuk membantu murid lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang telah dirancang untuk mereka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan disiplin.

 

2.0       OBJEKTIF

 

1.     Memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang alam persekolahan sekolah

menengah.

2.     Mempastikan murid-murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajara  dan persekitaran sekolah menengah.

3.   Melatih murid-murid untuk bermotivasi ke sekolah.

 

3.0       TARIKH

 

28 Feb – 4 Mac 2022     

- Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2022

 

21 Mac 2022 (Isnin)                           

- Taklimat Orientasi Murid Tingkatan 1 & Peralihan

   bersama ibu  bapa/penjaga secara online

 

22  -  23 Mac  2022   - Hari Orientasi Murid Tingkatan 1 dan Peralihan

secara online

 

4.0       TEMPAT

 Di lokasi masing –masing – mycherasian tv @ secara google meet

 

5.0       SASARAN

 Semua murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2022


6.0      KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

 

100% murid dapat input mengenai persekitaran dan budaya sekolah menengah.

 

Outcome

100% murid peralihan dan Tingkatan 1 tahun 2022 tiada masalah untuk mendapatkan maklumat penting dan mengenali guru-guru yang penting untuk menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

 

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

           

SUMBER KEWANGAN        

BIL

PERKARA

SUMBER

JUMLAH

1.

Banner

PIBG

RM    100.00

JUMLAH

RM    100.00

 

ANGGARAN PERBELANJAAN

           

BIL

PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH

1.

 

    Backdrop Orientasi      

RM 100 x 1 Backdrop

RM  100.00

                                                                                JUMLAH

RM   100.00

 8.0      JAWATANKUASA PENGELOLA

 

Pengerusi                                 : En. Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                   : Pn.Marhaniza Bt Mahmud (PK HEM)

Naib Pengerusi 1                       : Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir dan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2                       : Pn. Rohazlina Bt Othman (PK Ko Kurikulum)

Setiausaha                                : Pn. Nurazlina Bt Che Omar (Guru Kaunseling)

Naib Setiausaha                        : Pn Nurhaiza Bt Che Mat (Guru Kaunseling)

 

JAWATANKUASA KERJA

 JAWATANKUASA KERJA

 

1)     Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2022

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan

Pn. Hamizah Bt Aris (Penyelaras Tingkatan 1)

Cik Tuong Loy Mui (Penyelaras Peralihan)

 

Pembantu Makmal

Baizura Bt Basiron (K)

Rosniza Bt Mahmood

Nurfadzliana Bt Abu Masroh

Suriyani Bt Yusof

Siti Nurhairulnisha Bt Haridan

Mohamad Syakir Bin Mohd Nordin Nur Atirah Bt Basir

·       Menjalankan pendaftaran murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2022 di Dewan Kris Mas.

·       Menyediakan borang maklumat murid untuk tujuan pendaftaran.

·       Mendaftar masuk senarai nama murid ke sistem APDM.

·       Menyusun dan menetapkan kelas bagi murid Tingkatan 1

 

  

1)     Taklimat Orientasi Murid Tingkatan 1 dan Peralihan bersama Ibu Bapa/Penjaga

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

Moderator Majlis

Pn. Nurhaiza Bt Che Mat

·       Mengendalikan majlis semasa taklimat melalui youtube channel mengikut aturcara yang telah ditetapkan.

 

 

 

Teknikal

 

 

 

 

 

 

 

·       Mengendalikan bahagian teknikal dan paparan maklumat dan slaid semasa taklimat.

 

Bacaan Doa

En Muhammad Bukhari Bin Saripuddin

·       Menyediakan teks doa yang sesuai untuk majlis dan memimpin bacaan doa.

 

 

Dokumentasi

Pn. Nurazlina Bt Che Omar

Pn. Rozinani Bt Awang

·       Menyediakan dokumentasi sepanjang taklimat berlangsung dan mengambil gambar.

Taklimat

-Kurikulum

Hal Ehwal Murid

Kokurikulum.

 

Setiausaha Kurikulum

Setiausaha HEM

Setiausaha Kokurikulum

·       Menyediakan maklumat dan slaid taklimat untuk dibentang oleh pengetua

 

Taklimat Kelas Muzik

Pn. Norshahizan Bt Baharom

 

·       Menyampaikan taklimat mengenai kelas Muzik dan tayangan video aktiviti kelas Muzik.

 

 

Taklimat Kelas Aliran Agama (KAA)

Pn Haslina Bt Hashim

·       Menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan dan perjalanan Kelas Aliran Agama terutama dari segi masa dan subjek khusus.

 

 

Taklimat UBK

Pn. Nurhaiza Bt Che Mat

 

·       Menyampaikan taklimat mengenai UBK

 

Persembahan Multimedia

Pn. Naimah Bt Ibrahim (K)

Cik Noor Syaheerah Bt Hamdan

·       Menyediakan multimedia untuk ditayangkan kepada ibubapa.

 

 

  

 

1)     Hari Orientasi Murid Tingkatan 1

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

Taklimat Unit Disiplin

En Amiruddin Bin Mohd Yusuff

·       Menyampaikan taklimat disiplin sekolah kepada murid dan cara pemilihan pengawas dijalankan

·       Taklimat SOP Keselamatan.

 

Taklimat Unit Kokurikulum

Cik Hufaidah Bt Zakaria

·       Menyampaikan taklimat mengenai ko-kurikulum, iaitu persatuan/kelab badan beruniform, sukan dan permainan.

 

Taklimat Pusat Sumber Sekolah

Pn. Rodiyah bt. Mohamad

·       Menyampaikan taklimat pusat sumber sekolah kepada murid dan NILAM dan cara pemilihan pengawas pusat sumber dijalankan

 

Taklimat Koperasi

Pn. Aziyanti bt. Abu Khanipah

·       Memberikan taklimat mengenai operasi koperasi sekolah. dan cara pemilihan AJK Koperasi Murid dijalankan

·       Barang keperluan yang perlu dibeli.

 

 

 

 

 

Taklimat Kantin

Pn. Amira Bt Mamat

·       Menyampaikan taklimat mengenai disiplin semasa murid berada di kantin dan SOP yang perlu dipatuhi

Taklimat Biasiswa

Pn Haslina Hashim

·       Menyampaikan taklimat biasiswa yang boleh dimohon oleh murid.

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pn Aisyatul Nazliah binti Abdul Rani

·       Menyampaikan taklimat kepada murid tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar-agar murid memahami dan bersedia untuk menghadapi PBS

Taklimat UBK  dan Ujian Psikometrik

Pn. Nurazlina Binti  Che Omar

·       Menyampaikan taklimat kepada murid tentang UBK dan Ujian Psikometrik 

·       Sahsiah murid

 Lagu Sekolah

Pn. Norshahizan binti Baharum

 

·       Menyediakan video atau lagu nyanyian sekolah

 

 

  

8.3       JAWATAN KUASA KERJA SAMBUTAN HARI PERTAMA MURID HADIR BERSEMUKA DI SEKOLAH ( DEWAN SEKOLAH)

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

Pendaftaran /Kehadiran Murid

Semua Guru Tingkatan 1 dan Peralihan

·       Mengambil kehadiran murid setiap pagi untuk kehadiran murid dalam APDM mengikut kelas yang telah ditetapkan.

          

Persiapan Dewan, Peralatan 

 

En. Mohd Ikhwan Bin Che Muda

En.Mohd.Nidzam b. Mohd. Yusoff

En. Yahya b. Mat Yasin

·       Membuka, mengemas dan menutup dewan .

·       Menggantungkan banner yang telah disediakan di hadapan pentas.

Siaraya

En. Mohamad Lokman (K)

·       Menyediakan sistem siaraya yang lengkap di dewan.

 

  

8.4       SENARAI GURU KELAS  TINGKATAN 1  & PERALIHAN TAHUN 2022

 

 

 9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

          

            AJK Hari Orientasi 2022

 

 

9.2       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

 

TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (IBU /BAPA) – Secara online

 

Masa

       

        Atur cara

 

8.50 – 9.00 pagi                  :         Ibu bapa dan penjaga terlibat memasuki ruangan menggunakan link yang telah diberikan

9.00 pagi                              :           Ucapan Aluan Moderator Majlis

                                             :           Bacaan Doa

                                             :           Ucapan dan taklimat dari Pengetua

                                                         Ucapan Aluan YDP PIBG ( En. Abdul Razak Bin Tain)

                                                :           Taklimat Kelas Muzik (Pn. Norshahizan bt Baharom)

                                                :           Taklimat Kelas Aliran Agama (Pn. Haslina bt Hashim)

                                             :           Persembahan Multimedia

            :          Taklimat dari guru kaunseling

  12.00 tghari                           :          Penutup

 

 

 

 


TENTATIF MAJLIS ORIENTASI MURID

Tarikh :           21 Mac 2022 (Isnin) – secara online

 

Masa

 

       

Atur cara

 

9.00 pg – 9.10 pg                   : Murid memasuki ruangan menggunakan link yang diberikan

9.20 pg                                : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

                                             : Bacaan Doa

                                             : Taklimat Disiplin                                           

                                                : Taklimat Kokurikulum

                                             : Taklimat Pusat Sumber Sekolah

                                                : Taklimat Koperasi Sekolah

  1.00 ptg                                 :  Sesi Soal Jawab

 

 

 

 

Tarikh                :  22 Mac 2022 (Selasa)

 

 

Masa

       

        Atur cara

 

9.00 pg – 9.10 pg                   : Murid memasuki ruangan menggunakan link yang diberikan

9.20 pg                                 : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

                                             : Bacaan Doa

                                             : Taklimat Biasiswa Dan Kebajikan                                         :          

                                                : Taklimat Kantin

                                             : Taklimat PBD

                                                : Taklimat  Psikometrik dan Perkhidmatan UBK

                                                : Taklimat Pemantapan Sahsiah

                                                : Nyanyian Lagu Sekolah

                                                : Memperkenalkan barisan guru tingkatan untuk tingkatan 1

   1.00 tgh hari                         : Sesi Soal Jawab

 

 

 

10.0     PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid baru di SMK Cheras, khasnya semua murid tingkatan 1 dan kelas peralihan.  Dalam setiap usaha murni  ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.  Strategi dan perancangan yang kemas, membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. 


Disediakan oleh,        

 

 

(PN.NURAZLINA BT CHE OMAR)         

Guru Kaunseling SMK Cheras 

               I

SBN Kajian Tindakan lulusss...







 

 

 

 

 


 

Telegram Channel