9 May 2023

Kertas Kerja Seminar Profesionalisme GBK WPKL 2023



KERTAS KERJA 

Dah dua kali mesyuarat, tapi tarikh susah nak letak tarikh sebenar SEMPRO ni sebab cadang awal Jun tapi sampai akhir Mei rsult SPM tak keluar, maka kami injak ke tengah Jun tetiba result SPM nak keluar time 8 hb iaitu cadangan awal kami buat SEMPRO ni 7-8 Jun . Bila injak ke minggu seterusnya, tetiba SUKSES pula dicepatkan, yang mana tuan rumah ialah KL dan AJK pun under AJK MGKKL orang yang sama, maka tundalah ke Julai pula. Semoga dimudahkan urusan kami


  1. PENDAHULUAN


Seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling  2023 merupakan satu program inisiatif daripada Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA ), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi meningkatkan kompetensi kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur. Seminar ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam membina kesepakatan strategik untuk membantu proses pembangunan Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kauseling. Matlamat membitarakan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling merupakan langkah yang sangat penting dan memerlukan komitmen semua pengamal psikologi dan kanseling dalam menghayati nilai Kaunselor Bitara. 

Bertemakan Pendidikan Madani : Karamah Insaniah, Guru Pembentuk Adab maka Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu  memberikan perkhidmatan dengan tahap ilmu dan kemahiran yang bertepatan dengan profesion bagi membangunkan modal insan. Membangunkan insan menyahut seruan Menteri Pendidikan iaitu melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik memerlukan peningkatan kualiti dan kompetensi perkhidmatan menolong . Justeru mempertingkatkan ilmu dan kemahiran melalui latihan yang berterusan untuk mencapai kompetensi adalah amat penting bagi setiap profesion.Di samping itu kerjasama pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia amat diharapkan dalam merealisasikan kebitaraan ini. Seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan Dan Kaunseling ini dirancang bagi mencapai hasrat yang telah dinyatakan.  




2.0 RASIONAL

Era ledakan maklumat merupakan satu kelebihan kepada tamadun masa kini. Ianya menjadikan komunikasi lebih cepat, cekap dan mudah. Namun kemajuan yang dicapai diiringi dengan cabaran dan dugaan dalam mensosialasikan generasi akan datang. Bagi menghadapi cabaran ini Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu dibekalkan dengan ilmu , kemahiran dan motivasi bagi memantapkan jati diri dan keyakinan diri mereka.



3.0 MATLAMAT

Seminar Profesionalisme Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling 2023 ini bermatlamat untuk mencapai objektif yang telah dirancang dalam melahirkan Kaunselor Pendidikan dan Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang mantap dan menjadikan diri mereka sebagai yang terbaik dan mampu meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang tinggi.



4.0 OBJEKTIF


  1. Meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang kemahiran Bimbingan dan Kaunseling dan kemahiran mengurus PBS (ujian Psikometrik)

  2. Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta mengenai cabaran dan halangan dalam persekitaran sekolah dan masyarakat masa kini.

  3. Meningkatkan motivasi diri , daya juang , daya tahan dan daya saing dalam diri pelajar.

  4. Memberi ruang dan peluang kepada peserta seminar untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta bertukar pendapat dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan.



5.0 TARIKH

5 dan 6 Julai  2023 


6.0 TEMPAT

Auditorium Tan Sri Ahmad Rafaei, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


7.0 ANJURAN 

Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur ( KLCA )

Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGGKL)

Dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


8.0 SASARAN

400 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah  Menengah dan

Rendah  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


9.0 ATUR CARA KURSUS



     TENTATIF PROGRAM

SEMINAR PROFESIONALISME PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEBANGSAAN 

5 JULAI  2023


MASA

PERKARA/ AKTIVITI

7.00 pagi

Pendaftaran

8.00 pagi

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Energizer – Bangsar Rendah

8.30 pagi

Pembentangan Selari Penyelidikan 1 bersemuka / virtual :

Amalan Terbaik Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Sekolah Rendah

Manjula A/P Thiruvengadam

SK Taman Bukit Maluri

K.B04277| P.A 03570

Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling

Pembentangan Selari Penyelidikan 2 bersemuka / virtual :

Intervensi D’Late (menangani murid lewat ke sekolah)

Nurhaiza binti Che Mat 

Guru Kaunseling Cemerlang DG 52

SMK Seri Bintang Selatan

K.B03023| P.A 02682

Bacelor Kaunseling dan Sarjana Psikologi Pendidikan

9.00 pagi

Pembentangan Selari Penyelidikan 3 bersemuka / virtual :

Ihsan Kendiri dan Kesejahteraan Psikologi GBK

Dr. Nur Jannah binti Bali Mahomed

Ketua Penolong Pengarah UPSK IPGM

K.B 02365 | P.A 01809

Ph.D Bimbingan dan Kaunseling

9.30 pagi

Semarak Ilmu Bimbingan dan Kaunseling 1:

Hala Tuju Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di Malaysia 

Rosli bin Suyot 

Unit Pembangunan Dasar BPSK 

K.B 01127 | P.A 00735

Sarjana Bimbingan dan Kaunseling

11.00 pagi

Slot Penajaan 1(Diamond)

11.20 pagi

Majlis Perasmian Pembukaan oleh :

IPGKRM (Perasmi)

Timbalan Pengarah (Murid)

Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

12.30 tengah hari

Rehat

2.00 petang

Semarak Ilmu Bimbingan dan Kaunseling 2:

Literasi Undang-undang

Noorhayati binti Khairuddin

Penolong Pengarah HEM JPWPKL

Sarjana Muda Pendidikan Matematik

2.30 petang

Energizer(Pudu Menengah)

2.40 petang

Slot Penajaan 2 (Emas)

3.00 petang

Semarak Ilmu Bimbingan dan Kaunseling 3:

Analisis Psikometrik dan Saringan Minda Sihat

Ahmad Subhi Marzuki bin Che Ab Razab

Penolong Pengarah HEM JPWPKL 

K.B03537 | P.A 02345

Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling

4.30 petang 

Bersurai



TENTATIF PROGRAM

SEMINAR PROFESIONALISME PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEBANGSAAN 

6 JULAI  2023



MASA

PERKARA/ AKTIVITI

7.00 pagi

Pendaftaran

8.00 pagi

Energizer – Pudu Rendah

8.10 pagi

Sesi Mesyuarat Agung KLCA

9.30 pagi

Slot Penajaan 3 (Perak)

9.50 pagi

Sesi Mesyuarat Agung Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur

11.10 pagi

Slot Penajaan 4 (Gangsa)

11.30 pagi

Ucaptama 1 : Perkhidmatan Kaunseling Alaf Baru

Dr. Mazlan bin Aris 

Timbalan Rektor Pusat Perancangan Penyelidikan dan Inovasi 

Institut Pendidikan Guru Malaysia

K.B01573 | P.A 01162

Ph.D Bimbingan dan Kaunseling

12.10 tengah hari

Pembentangan Selari Penyelidikan 4 bersemuka / virtual :

Seni dalam Psikologi dan Kaunseling

Dr. Nurhafizah binti Amir Nordin

Universiti Pendidikan Sultan Idris 

Ph.D Studio Seni Halus


Pembentangan Selari Penyelidikan 5 bersemuka / virtual :

Gamifikasi dalam Perkhidmatan Kaunseling

Mohammad Hazim bin Amir Nordin

Pegawai Kaunselor Pendidikan Institut 

IPG Kampus Raja Melewar

K.B09146| P.A 07727

Sarjana Muda Kaunseling dan Sarjana Psikologi Pendidikan

12.30 tengah hari

Rehat

2.00 petang

Energizer Keramat Menengah

2.10 petang

Ucaptama 2: Terapi Ketawa Dalam Kaunseling

Dr.Hasbullah bin Abu Kassim

Pensyarah Kaunseling IPGKRM  

K.B00346 | P.A 00223

Ph.D Bimbingan dan Kaunseling

3.40 petang

Penilaian dan rumusan

4.30 petang

Bersurai



10.0 JAWATANKUASA INDUK



Penasihat : Puan Hajah Norhayati binti Haji Ab Wahab 

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Pengerusi : Encik Zainudin bin Mohamad

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Naib Pengerusi : Encik Muslim Bin Mustapa

Ketua Penolong Pengarah,Unit Hal Ehwal Murid,

Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Penyelaras  1 : Pn. Hajah Noorlia binti Arshad 

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah Merangkap Presiden KLCA


Penyelaras 2 : En. Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab

Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid,

Sektor Pembangunan Murid,

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



  Setiausaha              :         Cik Junaida binti Mohamad Jonet  Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid,

Sektor Pembangunan Murid,

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala 

  Lumpur



Naib Setiausaha : Pn. Nurhaiza binti Che Mat

Setiausaha KLCA



JAWATANKUASA PENGELOLA


Penyelaras 1 : Pn. Hajah Noorlia binti Arshad

Penyelaras 2 :  En. Mohd Azni bin Abu Hassan 


Pen.  Penyelaras  1 : En. Che Mohamad Padali bin Che Mat


Pen.  Penyelaras 2 : En. Solehuddin Fung bin Fung Kwok Ming


Setiausaha : Pn. Nurhaiza binti Che Mat 


Pen. Setiausaha : Pn. Nadiatul Farhana binti Mat Sihap


Bendahari : Pn. Yip Foong Kheng


Pen. Bendahari : Pn. Loh Chin Ying



AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS


BIL 

JAWATAN KUASA

NAMA

TANGGUNGJAWAB


1.

Urusetia dan Mesyuarat Agung

(KLCA dan MGKKL) 

Nurhaiza binti Che Mat (KLCA)

Mohammad Hazim Bin Amir Nordin (KLCA)


Nadiatul Farhana binti Mat Sihap

Nurul Syuhada binti Ahmad Suhaimi


Menyediakan usul dan link GF untuk usul


Draf surat menyurat iaitu:

Surat pelantikan AJK

Surat jemputan perasmi melalui JPWP

Surat jemputan penceramah melalui JPWP

Surat panggilan menghadiri kursus.


2.

Pendaftaran & Bahan Seminar


Che Mohamad Padali bin Che Mat (KLCA)


Pudu (R)

Marylin Techla Lee

Pan Siew Yieng

Mohamad Saadatul Hanan Zikry bin Saad

Khairul Nizam bin Aminudin


Menyediakan link GF untuk pendaftaran. 


Peserta akan upload resit bayaran ke dalam GF bukti pembayaran


Menyediakan link google form borang pendaftaran kehadiran peserta pada hari seminar dijalankan dan mengedar door gift


Sediakan name tag AJK.


3.

Jemputan Penceramah & 

Bahan Pembentangan 


Mohammad Hazim Bin Amir Nordin (KLCA)

Nurhaiza binti Che Mat (KLCA)



Pudu (M)

Siti Khadijah binti Hasbullah

Norsuhaila bt Baharom Azzohar

Azmaliza binti Ahmad


Mengenalpasti penceramah dan menghubungi mereka



Memastikan penceramah hadir pada slot yang telah ditetapkan


Bertindak sebagai pegawai perhubungan dengan memastikan makan minum, sijil dan cenderamata diperolehi penceramah


Mengumpulkan bahan cemarah

4.

Hadiah & Sijil 


Fazilah Binti Hashim (KLCA)


Pudu (M)

Nor Aziati bt Abdul Aziz

Muhammad Zafidi bin Mohd Zain

Nur Shafirah bt Mohd Saufi

Menyediakan sijil AJK bagi sesi 2022/2023


Menguruskan pembelian sijil AJK, pembentang dan penceramah


Menyediakan e-sijil penyertaan peserta program


Menyediakan hadiah yang sesuai untuk VIP , penceramah dan penaja yang mengambil slot

5.

Pengurus pentas  & Aturcara Pentadbiran


Norulhuda Binti Abdul Halim (KLCA)


Keramat (M)

Rofaizo bin Mat Lazin

Siti Zubaydah binti Agus Salim

Siti Syarifah Nor binti Muhamad

Norizan binti Shari


Memantau perjalanan program secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.


Memberi arahan yang jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang akan menjejaskan kelancaran majlis.


6.

Sambutan dan Protokol Majlis Perasmian


Rofii Bin Hussein (KLCA)


Sentul (M)

Maizun binti Rajak

Noraziratul Shima binti Ali

Rozlin binti Amat Mushim

Norfaezah binti Mohd Fauzi

En Najib bin Abdullah

Juwairiah bt Abdullah 

Azlina bt Zahari


Menyediakan upacara majlis pembukaan/penutup,aturcara majlis, pengerusi majlis, pembaca doa dan teks ucapan perasmi.


7.

Buku program & Kain rentang 


Norwani Binti Daud (KLCA)

 

Pudu (R)

Lela binti Nuradin(KLCA)

Muhammad Azzamuddin bin Ahmad



Menyediakan buku program secara dalam talian


Menyediakan bunting dan kain rentang

8.

Jamuan


Katinah Binti Mat Dom (KLCA)


Sentul (R)

Mohamad Firdaus bin Harun

Nor Syazleen bt Zulkipli

Mariati bt Mohamad

Shamini Devi Karuppiah

Nizaha bt Yusop

Tan Li Li

Nur Hidayah binti Zainal

Nur Syazahiraa bt A Kadir


Menyediakan menu makanan dengan bajet yang diberikan


Mengawasi persiapan jamuan makan VIP 


Makanan secara buffet untuk makan tengah hari dan secara pack untuk sarapan pagi


9.

Persiapan Tempat, Peralatan & Kebersihan




Mohd Azni bin Abu Hassan (KLCA dan MGKKL)

Siti Rafina binti Rahim

Solehuddin Fung bin Fung Kwok Ming

Manjula a/p Thiruvengadam


Keramat (M)

Syed Mohd Akram bin Mohd Ishak

Muhammad Syafiq bin Mohd Shaib

Zainul Afif bin Zainal Abidin

Arfan Hazuan bin Zahri

Aizat bin Mohamed Dan

Mohd Amir bin Azami

Siti Aminah binti Mohd Sidek

Kharani Najwa binti Abdullah

Roshapinah binti Ngah

Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti setting meja untuk mesyuarat agung


Susun atur untuk majlis perasmian 


Kebersihan tempat, tandas dan surau.

10.

Teknikal dan siaraya


Chandra Kumar a/l Vellasamy (KLCA)


Sentul (M)

Siaraya & Teknikal

Muhammad Aiman b Anuar

Mohd Aziman bin Azaldin

Hafizan bin Ten Awang @ Mohd Amin

Live Streaming

Vickineswaran a/l Mariappan

Nasir bin Hadzi


Menguruskan teknikal untuk live rakaman


Siaraya dalam keadaan yang baik

11.

Multimedia (Majlis Perasmian)


Hong Chee Seng (KLCA)


Bangsar (R)

Mohd Fahizal bin Mat Ishak

Koshella Devi a/p Raman


Menyediakan multimedia untuk majlis perasmian.

12.

Fotografi, Dokumentasi & Penilaian  


Wan Mohd Amin (KLCA)


Bangsar (R)

Nurshahrina binti Ahmad Tarmizi

Nur Fazlin Rizwa bt Mohd Roshdi

Emmelly Kho Mei Mei


Menyediakan laporan penilaian dan dokumentasi


Mengambil gambar sepanjang program


Membuat liputan sepanjang program.

Mengambil gambar dan membuat laporan untuk dokumentasi.

Membuat rakaman live tersebut

Menyedia dan membuat analisa borang penilaian menggunakan google form


13.

Juruacara, Bacaan Doa & Pencatat 


Faizul Anuar B Hj Abd Bazid (KLCA)


Bangsar (M)

Juruacara

Jali bin Hj Sidek

Roslinah binti Sarun

Pembaca Doa

Tuan Rusydi bin Tuan Jaafar

Pencatat

Siti Aisyah bt Meulan

Nurul Nadia bt Abd Hamid

Suzilawani binti Shukar Noor

Noor Faarzelin Hayati binti Hashim


Menyediakan dua orang  sahaja juruacara untuk program


Pencatat juga diberikan format untuk mencatat setiap slot

14.

Tajaan


Yip Foong Kheng (KLCA)


Bangsar (M)

Tew Sok Hong

Lim Peik Wei


Mendapatkan tajaan bagi menampung perbelanjaan simposium

15.

Lalu lintas & Keselamatan 


Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab (KLCA)


Keramat (R)

Abdul Rahman bin Ismail

Kumarressan a/l Sargunan

Catherine Ting Jia Lin

Intan Afidah bt Zaini

Vanessa Kho Ke Li

Menyediakan kemudahan untuk lalu lintas berjalan lancar

16. 

Teks Perasmi (Teks Ucapan Aluan Timbalan Pengarah SPMU JPWPKL)

Ahmad Subhi Marzuki Che Ab Razab (KLCA)


Sentul (R)

Ezalinda binti Zakaria

Menyediakan teks perasmi majlis



11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN



BIL.

PERKARA


KUANTITI

JUMLAH

CATATAN PANEL


1.

Bayaran Pendaftaran Peserta 

400 orang x RM 40.00

16,000.00


2.

Kuala Lumpur Counselling Association

1,163.75

2460.00


3

MGKKL

1,163.75

2460.00


JUMLAH

20920.00



Kewangan 


BIL.

PERKARA


KUANTITI

JUMLAH

CATATAN PANEL


1.

Makanan 

Sarapan

Minum pagi

Makan tengah hari


400 orang x 17.00 x 2 hari

13,600.00


2.

Makan VIP 10 orang hari pertama

10 orang x  RM 18.00

180.00


3.

Makan VIP 10 orang hari kedua 

10 orang x  RM 18.00

180.00


4.

Cenderamata  VIP Perasmi

1

100.00


5.

Sijil Pembentang penyelidikan 

12 keping x 2.50 

30.00


6.

Sijil AJK 

200 x 2.50

500.00


7

Bayaran Penceramah

150.00 x 2

300.00


8.

Seranta & Peralatan

RM 500.00

500.00


9.

Cenderamata Pembentang

RM 50.00 x 12 orang

600.00


10

Door Gift

RM 5.00 x 400 

2,000.00


11

Kontigensi


200.00


12

Yuran CPD

RM 350.00

350.00


13

Air Mineral

40 kotak x 12.00 

480.00


14

Sewaan Kerusi 

150 x 2.00

300.00


15

Sewaan Meja Banquet

20 x 5.00

100.00


16

Token Pembersihan 

2 hari x 500.00

1000.00


17

Tanda Nama AJK (Tali dan Printing)

5.00 x 100

500.00


JUMLAH

20920.00






12 PENUTUP


Diharapkan program ini berjalan lancar seperti yang dirangka dan tercapai objektif dalam meningkatkan kemahiran dan profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling. Ini kerana guru kaunseling yang kompeten merupakan aset dalam melahirkan murid murid yang baik lagi cerdik bagi mencapai Malaysia Madani. 



Disediakan oleh,




(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Setiausaha KLCA 


Bonding KLCA-MGKK



 

Telegram Channel