5 February 2024

Showcase STEM di SK Sri Bintang Utara

Menerima jemputan dari sekolah sebelah SK Sri Bintang Utara untuk lawatan showcase STEM yg dianjurkan sekolah ini. Yang bestnya adalah pelbagai aktiviti merentas STEM dan pelbagai stesen STEM terdapat di situ. 

Ke SK SBU bersama pengetua saya. Tahun ni YDP PIBG saya mengajak saya berkolaborasi mengadakan pameran showcase inovasi dan keusahawanan. So cuci mata tgk showcase adik adik sek rendah ni. 

Terima kasih barisan pentadbir SK SBU menyantuni kami. Guru Besar yg sporting dan energetic melayani sendiri pengetua saya dari booth ke booth dan siap ajak lunch bersama nasi goreng kangkung huhu dari tanaman hidrofonik. Huhu tak taula iye ke tak sbb kebetulan puasa so duduk menikmati pemandangan lain. 

Sebelum balik dapat doorgift dari Guru Besar bak kata Guru Besarnya cenderamata sbb temankan boss  sekolahnya hihi. Rezeki bunga orkid penyeri meja kerja. 

Selamat berjuang anak anak SPM start paper bertulis.



Barisan YDP dan AJK PIBG SK SBS

 

Telegram Channel