12 June 2024

Program Kunjung Bantu Ke SK Gita, Sarawak

Hari ini kami team MGKK diagihkan kepada 10 kumpulan. 
Sebanyak 10 buah  sekolah untuk program kunjung bantu dilaksanakan. Saya perlu ke SK Gita, Sarawak. 
Sekolah ini yg mempunyai 700++ org murid . 

Sambutan ke sekolah ini sangat meriah. Murid murid membuat persembahan menyambut kami malahan waktu nak balik juga, kami diiringi dgn persembahan muzik tersebut. 

Kami dibawa ke Majlis Pelancaran Program Kehadiran Ke Sekolah. Seramai 70++ murid yg hadir penuh ke sekolah sehingga hari ini. Kelas kehadiran cemerlang juga diberikan hadiah. Persembahan tarian Sarawak tarian selamat datang juga dipersembahkan kepada kami. 
Apa yg menarik tentang sekolah ini  ialah Unit Bimbingan Kaunseling terletak di tingkat bawah. 
Untuk ke bilik kaunseling ini, kita perlu melalui Laman Minda Sihat dan PPDa. 
Murid murid sendiri rehat dan duduk di kawasan Laman Minda Sihat.
Wahhh sangat mudah akses untuk ke bilik kaunseling. 

Tiba di bilik kaunseling Cikgu Shamsiah membentang, antara amalan terbaik mereka ialah Kad Saman intervensi dari Unit Disiolin sekolah. Yang mana pada asalnya setiao murid mendapat Kad Scan QR Code namun kekangan apabila QR Code ini mempunyai had masa dan diperkenalkan pula Kad Saman. 
Murid akan diberikan Kad Saman tersebut atas kesalahan disiolin . Kad ini akan ditunjukkan kpd personalia yg trcatat dalam kad itu untuk berjumpa seperti guru kaunseling. Guru kaunseling akan sign kad tersebut untuk menunjukkan intervensi sesi bimbingan kaunseling telah dapat fijalankan . 

Kad itu membantu pengesanan dengan lebih cepat untuk UBK menjalankan intervensi pada kes murid yg  dirujuk

Diakhir sesi kunjungan, kami dijamu mee kolok dan kek batik. Terima kasih pihak sekolah menyantuni kami. Terima kasih atas kerjasama yg diberikan. 





Kawasan di hadapan bilik kaunseling untuk aktiviti UBK


anak anak PRS





 

Telegram Channel