5 July 2024

Lawatan Maya Aktiviti UBK


Mendapat surat permohonan dari GBK SMK Pantai, Labuan mengenai perkongsian dari saya mengenai pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling cemerlang dan amalan terbaik UBK. 

Dinamakan lawatan penandaraas secara dalam talian melibatkan 13 buah sekolah dan dihost oleh SMK Pantai, Labuan. Siaran google meet ini juga disaksikan oleh PRS dari beberapa buah sekolah. So perkongsian saya hari ini shoot dua dalam satu iaitu kepada guru kaunseling dan juga kepada PRS. 

Saya sharekan amalan terbaik kami tahun lepas yg mendapat johan amalan terbaik kaunseling kebangsaan . Musim pertandingan tidak lama lagi dan semoga slaid ini dimanfaatkan dengan baik sebagai panduan mereka yg akan menyertainya tahun hadapan. 

Manakala saya selitkan juga perkongsian dengan PRS. Bagaimana peranan PRS di sekolah dan bagaimana kelihatan nampak peranan PRS tersebut di sekolah 






 

Telegram Channel