Majlis Berbuka Puasa Buku Jalanan Chow Kit “Sinar Kasih Ramadhan” 2025 merupakan satu program inisiatif daripada Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur (KLCA) dengan kerjasama Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi menyantuni anak-anak jalanan Chow Kit, Kuala Lumpur. Majlis berbuka puasa bersama anak-anak jalanan ini bertujuan untuk memberikan mereka pengalaman berbuka puasa dalam suasana yang penuh kasih sayang serta memberi sokongan moral dan kebajikan. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk turut serta dalam membantu golongan yang memerlukan sambil mengeratkan silaturahim. Ramadan merupakan bulan untuk memperbanyakkan sedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan. Dengan menyediakan juadah berbuka kepada anak-anak jalanan, majlis ini menjadi platform bagi masyarakat untuk turut berkongsi rezeki dan rahmat Ramadan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam kalangan anak-anak jalanan, tetapi juga menghubungkan mereka dengan masyarakat umum. Dengan ini, ia diharapkan dapat membina semangat perpaduan yang lebih kukuh dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
2.0 Rasional
Majlis ini bertujuan untuk menunjukkan kepada anak-anak jalanan bahawa mereka tidak dilupakan oleh masyarakat. Kehadiran dan sokongan orang ramai dapat membantu mengurangkan rasa terasing atau tidak dihargai yang sering dialami oleh golongan ini, terutamanya pada bulan yang penuh keberkatan.
3.0 Matlamat
Program ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kehidupan anak- anak jalanan dan menggalakkan sikap prihatin terhadap kebajikan sosial. Melalui penglibatan dalam majlis ini, masyarakat boleh dididik untuk lebih peka dan aktif dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Anak-anak jalanan sering berdepan dengan cabaran hidup yang besar, termasuk kekurangan sokongan keluarga dan persekitaran yang selamat. Majlis berbuka ini dapat menjadi peluang bagi mereka untuk merasa dihargai, dikelilingi oleh masyarakat yang peduli, dan mendapatkan sokongan emosi yang positif.
5.0 Objektif
1. Menyediakan majlis berbuka puasa bagi anak-anak jalanan dan memberi mereka sedikit kegembiraan.
2. Mengeratkan hubungan antara masyarakat dan anak-anak jalanan.
3. Mendidik masyarakat kepentingan kebajikan dan tanggungjawab sosial.
4. Menyediakan peluang untuk golongan sukarelawan menyumbang tenaga dan kepakaran mereka.
6.0 Tarikh/ Masa :
7 Mac 2025, Jumaat
7.0 Tempat
Buku Jalanan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur (KLCA)
Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
130 orang Anak-anak jalanan sekitar Chow Kit
50 orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli KLCA, Sektor Psikologi dan Kaunseling JPWPKL serta AKRAB
9.0 TENTATIF PROGRAM
MAJLIS BERBUKA PUASA BUKU JALANAN CHOW KIT “SINAR KASIH RAMADHAN” 2025 7 MAC 2025 (JUMAAT)
MASA |
PERKARA/ AKTIVITI |
11.00 pagi |
Taklimat Persediaan Program |
12.00 tengah hari |
Solat Jumaat |
3.00 petang |
Persiapan Tempat Penyediaan Kuih Berbuka Puasa |
4.30 petang |
Pendaftaran Murid |
5.00 petang |
Aktiviti Kumpulan (Sesi Kelompok) |
7.00 malam |
Persiapan Berbuka |
7.15 malam |
Berbuka Puasa (Kudapan Ringan) |
7.30 malam |
Solat Maghrib Berjemaah |
7.45 malam |
Jamuan Iftar |
8.30 malam |
Solat Isyak Berjemaah Solat Terawih |
9.30 malam |
Penyerahan Door Gift dan Sumbangan Duit Raya Bersurai |
Penasihat : Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail (Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Pengerusi : Encik Mohd Supian bin Taharim (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Merangkap Naib Presiden 2 KLCA)
Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Noorlia binti Arshad( Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah Merangkap Presiden KLCA)
Naib Pengerusi 1 : Encik Mohammad Hazim bin Amir Nordin( P egawai Kaunselor Pendidikan Institut Merangkap Timbalan Presiden KLCA)
Penyelaras 1 : Puan Rozinani binti Awang (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Penyelaras 2 : Puan Noor Faarzelin Hayati binti Hashim( Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Setiausaha : Cik Tengku Nor Hazlyda binti Tengku Abdullah (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
JK Pengelola
Penyelaras 1 : Puan Rozinani binti Awang (SMK Alam Damai)
Penyelaras 2 : Puan Noor Faarzelin Hayati binti Hashim (SMK Bandar Tasik Selatan)
Setiausaha : Cik Tengku Nor Hazlyda binti Tengku Abdullah (Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Desa Mahkota)p
Bendahari : Puan Yip Foong Kheng (SJKC Kepong 3 )
Naib Bendahari : Puan Fazilah binti Hashim (SMK Dato Onn)
AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS
BIL |
JAWATANKUASA |
NAMA |
TANGGUNGJAWAB |
1. |
Pengurus Majlis & Aturcara Pentadbiran |
Puan Rozinani binti Awang (SMK Alam Damai) Puan Noor Faarzelin Hayati binti Hashim (SMK Bandar Tasik Selatan) |
Memantau perjalanan program secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Memberi arahan yang jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang akan menjejaskan kelancaran majlis. |
2. |
Jemputan, Sambutan dan Protokol |
Tengku Nor Hazlyda binti Tengku Abdullah (Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Desa Mahkota) Nadiatul Farhana binti Mat Sihap (SMK Alam Damai)
Nurhaiza binti Che Mat (SMK Seri Bintang Selatan) Lela binti Nuradin (Kaunselor Pendidikan Negeri) |
Draf surat menyurat iaitu: Surat jemputan tetamu melalui JPWP Surat jemputan penceramah
Bertindak sebagai pegawai perhubungan dengan memastikan makan minum, sijil dan cenderahati diperolehi tetamu dan penceramah
Mengenalpasti dan menghubungi tetamu serta penceramah
Memastikan tetamu dan penceramah hadir pada masa yang telah ditetapkan |
3. |
Cenderahati, Door Gift dan Sijil |
Nor Ainsafira binti Azis (SK Taman Seri Rampai)
Manjulah Thiru a/p Thiruvengadam (SK Taman Bukit Maluri)
Norulhuda binti Abdul Halim (SMK Bandar Baru Sentul)
Siti Rafidah binti Mohd Hanif (AKRAB)
|
Menyediakan sijil penceramah, penaja dan AJK
Menguruskan pembelian sijil AJK, penaja dan penceramah
Menyediakan cenderahati yang sesuai untuk penceramah
Menyediakan dan mengurus penyerahan Door Gift kepada peserta |
4. |
Pendaftaran |
Nurul Ida Adliny binti Mazlan (SK Convent 1 Bukit Nanas)
Rizatul Isra binti Zakuan (AKRAB)
|
Menyediakan borang manual pendaftaran.
Mengurus pendaftaran tetamu, AJK dan peserta pada hari majlis |
5. |
Publisiti |
Khalilah binti Abu Hassan (SMK Taman Connaught)
Fatimah Az Zahrah binti Zolkeplai (Kaunselor Pendidikan Negeri) |
Menyediakan kain rentang dan poster
Membuat montaj untuk dihebahkan di media sosial |
6 |
Buku Program |
Faten Natasya binti Sulaiman (SK Setiawangsa)
Robiatul Adawiyah binti Saeidin (SMK Aminuddin Baki)
|
Menyediakan buku program secara dalam talian
Menyediakan QR Code buku program |
7. |
Jamuan |
Siti Haida binti Mansor (AKRAB )
Asmah binti Mohd Shariff (AKRAB)
Noradila binti Adnan ( AKRAB)
Nurul Aufa binti Mohd Azmir (AKRAB)
Suraya binti Zainal (AKRAB)
Kamila binti Bakri (AKRAB)
Siti Rafina binti Rahim (SK Desa Tun Hussein Onn)
Sarah binti Baharuddin (SK Desa Tun Hussein Onn) Azian binti Ahmad (Kolej Tingkatan 6 Pudu Jaya) Norwati binti Hassan (SMK Taman Yarl) Najiehah binti Ab Rahim (SJKC Choong Wen) Norlizawati binti Abdullah (SMK La Salle Briekfields) Siti Hamidah (SMK Puteri Titiwangsa) Zurina Binti Razali (SMK Tinggi Setapak) Adawiah Binti Ismail (SK Taman Setiawangsa) Atikah Binti Rani (SMK Sri Rampai) Roslinawati binti Yusoff (SK (L) Jalan Batu) Nor Jamaliah binti Ree (SK Sentul Utama)Lee Saw Im |
Menyediakan menu makanan dengan bajet yang diberikan
Memastikan makanan dan minuman mencukupi Makanan disediakan secara buffet untuk jamuan iftar Menyediakan kudapan berbuka puasa (manisan dan air mineral)
|
|
Persiapan Tempat dan Peralatan |
Mohamad Firdaus bin Harun (SK Sentul 1)
Mohd Ridzal bin Ismail (SK Jalan Kuantan 2)
Azhar bin Mohd Razali (Kaunselor Pendidikan Daerah Keramat)
AKRAB |
Menyediakan peralatan yang diperlukan
Menyediakan tempat solat dan perkongsian inspirasi |
9. |
Kebersihan dan Keselamatan |
Roliza binti Hashim (SK Wangsa Melawati)
Shamini Devi Karuppiah (SK Seri Delima)
|
Menyediakan plastik sampah yang mencukupi
Memastikan kebersihan tempat sentiasa dalam keadaan yang baik |
10. |
Teknikal dan siaraya |
Muhammad Farhan bin Mokhtar (SK Seri Mega)
Chandra Kumar a/l Vellasamy (Kaunselor Pendidikan Daerah Sentul) |
Menguruskan teknikal dan siaraya
Memastikan teknikal dan siaraya dalam keadaan yang baik |
11. |
Fotografi, Dokumentasi & Penilaian |
Zabiah binti Asnah (SK Seri Delima)
Mohd Azlan bin Che Aziz (Kaunselor Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu)
Mohd Hafiz bin Azmi (AKRAB)
|
Menyediakan laporan penilaian dan dokumentasi
Mengambil gambar sepanjang majlis
Membuat laporan fotogrid dan dihebahkan di media sosial
Menyediakan laporan untuk dokumentasi.
Menyediakan penilaian secara Google Form
Membuat analisa borang penilaian |