Assalamualaikum
*DAY 02: SEMPORNA - BOHEY DULANG - SIBUAN- MABUL ISLAND (L/D)*
Morning Semporna!
Ambil breakfast dulu. Nasi kuning makan dengan ikan tongkol sambal dan telur rebus. Sedap gak.
Ready untuk ke next station Pulau Bohey
Pulau Bohey Dulang merupakan antara pulau paling cantik dan terkenal di Semporna, Sabah. Pulau ini sangat istimewa kerana mempunyai sejarah geologi gunung berapi purba yang membentuk lagun laut berwarna biru kehijauan. Kawah gunung berapi yang telah ditenggelami air laut membentuk lagun semula jadi. Lokasi: Semporna, Sabah, di perairan Laut Sulawesi. Keluasan: Kira-kira 313 hektar. Kedudukan: Pulau kedua terbesar dalam Taman Marin Tun Sakaran.
Ketinggian: Puncak tertinggi mencapai kira-kira 353 meter dari aras laut.
Kami berada di sini untuk hiking dan bagi yang tidak hiking tu melepak bawah dan bergambar dari pondok pondok. Huhu sayalah tu 😂😂
Menariknya, jika Bohey Dulang terkenal dengan panorama lagun dari puncak bukit, Kami bergerak ke. Pulau Matabuan pula yang lebih dikenali dengan keindahan dunia bawah laut. Pulau ini merupakan antara lapan pulau yang membentuk Taman Marin Tun Sakaran, yang diwartakan pada Julai 2004 bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar dan sumber marin.
Pulau Matabuan (Mantabuan) ialah sebuah pulau kecil yang terletak di perairan Semporna, Sabah. Pulau ini terkenal dengan keindahan terumbu karang, air laut yang jernih dan kehidupan komuniti Bajau Laut. Keistimewaannya ialah suasana pulau yang lebih semula jadi dan kaya dengan ekosistem marin.
Kami berada di sini sekitar sejam ..Ada pantai dan boleh makan makan dan ada tandas.
Kemudian aktiviti dinanti yehaaa snorkeling di Pulau Sibuan.
Pulau Sibuan merupakan antara pulau yang sangat cantik di Semporna, Sabah. Pulau ini terkenal dengan pantai pasir putih, air laut biru kehijauan, pokok kelapa yang tinggi dan kawasan terumbu karang yang menarik.
Pulau Sibuan juga dikenali sebagai Battleship Island kerana bentuknya yang panjang dan unik seperti sebuah kapal perang apabila dilihat dari udara.
Snorkeling 45 minit di sini dan kami rushing untuk kembali ke Semporna sebelum gelap untuk masuk ke Pulau Mabul. Naik bot dari pulau sibuan ke Semporna dah hampir 5.30 petang.
Kami berlari lari melalui perkampungan Air untuk menuju ke masjid berhampiran. Maklumlah pukul 6 dah maghrib..Masjid Ar-Rahman mempunyai sejarah hampir 90 tahun jika dikira daripada pembinaan asal sekitar tahun 1937. Pada peringkat awal, masjid ini dikenali sebagai Masjid Kampung Air.Pada 23 September 1967, dinaik taraf dan dinamakan masjid baharu itu sebagai Masjid Ar-Rahman.
Selesai solat di Masjid , kami ke jeti meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul. Pemandangan di laut untuk senja nan merah memang wow. Allahuakbar cantik dan syahdu.
Orait koleksi gambar gambar dari kamera ahli rombongan dan agent. Majority dari Afiqah yang suka bergambar dan mengambil gambar hihi..
- Breakfast (8:00) pagi ambil direstoren yg kami dinner malam tadi.
Restoren ni ambik mood je kami bergambar ada udang besar ni hihi
- Proceed to *Bohey Dulang Island
Makan di Matabuan
- Transfer to *Mabul Island*