Showing posts with label pembangunan sahsiah. Show all posts
Showing posts with label pembangunan sahsiah. Show all posts

15 March 2026

Language Fusion Program

Language Fusion Program

Program anjuran UBK utk murid Ting 1 hingga 3 untuk memartabatkan BM dan memperkukuhkan BI,  dimulakan dgn energizer, dan diteruskan dgn aktiviti kumpulan mencari maksud peribahasa. 
Dan aktiviti membina ayat . Program 3 jam dgn pengisian 3 slot berakhir dgn aktiviti kemahiran KBAT dalam penyelesaian masalah meransang komunikasi lisan dalam Bahasa Inggeris


23 December 2025

PROGRAM BE KIND, BE FRIEND: PENCEGAHAN BULI

PROGRAM BE KIND, BE FRIEND: PENCEGAHAN BULI

 


 Aktiviti bersama Tunas Bakti di mana perkongsian dari PP HEM mengenai hukuman dan kes kes real yang terjadi antara murid murid di sekolah sehingga menjadi penghuni Tunas Bakti. 

Ceramah yang sangat memberikan inspirasi dan pengajaran bagaimana jika kita mengikut emosi negatif akan menyebabkan membahayakan tingkah laku. Dengan tagging Be Kind, Be Friend yang dipromosikan oleh UBK maka semua murid perlu menyahut seruan ini. 

Iaitu kita perlu bersikap baik dengan semua orang dan berkawan dengan semua orang, menghormati dan berkomunikasi dengan baik.

28 March 2025

Sesi Dialog Murid Asrama 1/2025

Sesi Dialog Murid Asrama 1/2025


Sesi Dialog  Murid Asrama . Ada 28 sahaja murid asrama tahun ini di sekolah kami. Setiap tahun KPI ada 3 sesi perjumpaan dgn murid asrama yg dikendalikan oleh guru kaunseling. 
So tahun ini perjumpaan 1 bagi sesi 2025 ini, pengetua berkongsi aspirasi sekolah dan meminta murid lebih bermotivasi mencapai akademik yg cemerlang dan kokurikulum yg cemerlang juga. 

Slot UBK mengenai ganjaran dan aktiviti healing healing. ..dari list yg dicadangkan akhirnya setuju ke Genting Highland..😃


ee

14 March 2025

Kertas Kerja ACT SMART : Pembentukan Karaktor

Kertas Kerja ACT SMART : Pembentukan Karaktor

Saya share kertas kerja berkaitan Sahsiah Diri ..pembinaan karaktor murid. Setiap minggu nilai nilai murni telah disetkan dan Guru bertugas akan menyampaikan topik ttg nilai murni tersebut. Unit Disiplin akan membuat laporan. Maka team UBK pula mempromosikan sejauh mana kefahanan murid mengenai tema nilai murni sahsiah utk karaktor murid ini setiap minggu. Setiap mingu promosi poster mengenai tema sahsiah mingu depan akan di up kedalam group ting murid. Murid akan membuat poster dan poster pilihan yg terbaik akan dipapar dalam skrin digital di tapak perhimpunan. 10 pemenang poster terbaik setiap mingu akan menerima sijil pencapaian  . Saya share bagaimana promosi dijalankan danposter pemenang yg dipaparkan


 

Telegram Channel