18 November 2013

Hiking Bukit Tabur

Selamat pagi yang indah!

Bila ex PRS batch lepas ajak pegi naik bukit as a projek jalan jalan lepas habis SPM mid Mei 2013, saya pun call my ex student yg mahir dlm trekking dan hiking iaitu Sidek untuk minta tolong dan minta pendapat. Sidek setuju dan mencadangkan Bukit Tabur di Taman Melawati sebagai tempat utk projek ini memandangkan ia projek day trip. Kami menyewa van dan bertolak seawal pukul 8 pagi ke sana. Perjalanan hanya 40 minit sahaja dan kami dah tiba. Ibarat mcm picnic, banyak betul makanan yang student ni bawa. Memang mencabar naik bukit ni berbanding Bukit Saga early this year. Yang menariknya mengenai aktiviti hiking ini ialah selain ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan ia merupakan aktiviti yang kurang mengeluarkan bajet kewangan berbanding aktiviti di laut atau di pulau.

Selepas buat warm up lead oleh Jamil, kami membaca doa dan mulakan perjalanan. Sejam pertama dah mengah asyik mendaki dan daki. Sejam kedua makin mencabar dan kami berhenti rehat setiap 20 minit memang penat dah. Standard si sidek ni asyik kata sikit sikit lagi. Byk kali berhenti especially saya dan Rozi. Then kami berhenti makan dan berjaya mengurangkan berat makanan.

Sejam seterusnya laluan memang mencabar dan kami tanpa sebarang peralatan. Mujur cuaca yang baik sangat membantu perjalanan kami. Bukit ni memang byk dipenuhi batu yang curam dan tajam. Kami terpaksa berhati hati dan student memberi kerjasama mendengar arahan Sidek. Sampai je atas bukit tu..Pemandangan dari atas bukit mmg sangat cantik. Hilang rasa penat ganti dengan rasa seronok melihat keindahan ciptaan Tuhan. Sedikit info mengenai bukit ini ialah ia merupakan bukit kristal terpanjang di dunia.
Berlatarbelakang empangan air untuk Lembah Klang. Wah jadi kira bertuah jugaklah dapat menjejakkan kaki ke tempat yang antara menjadi rekod di dunia walaupun tak sepopular Gunung Kinabalu tu.

Target tgh hari boleh balik atau turun waktu mkn tgh hari tapi pkl 1 masih di atas dan perut lapar dah dan bekalan air pulak semakin sikit. Sewaktu menurun bukit, terasa lemah dah. Tunggu van dtg pkl 3 petang dan kami meminta driver van berhenti di gerai makan. Dah kenyang dan segar semula, sempat lagi kami ke air terjun di Gombak pulak. Esoknya tak tau apa yg tak kena rasa seram sejuk dan mlm muntah dgn teruk dan cirit birit sampai rasa pitam. so cuti sakit untuk kali kedua tahun ni kerana keracunan.
Entah apa yg keracunan..student dan org lain okey je. 
 

Telegram Channel