19 November 2013

Aktiviti Sambutan Di Pintu Pagar 2013 Guru Penyayang

If you have a bad day
Remember
It's not a bad life

Saya rasa tahun 2013 adalah tahun yang paling berjaya aktiviti sambutan di pintu pagar sekolah sempena projek Guru Penyayang.  Saya sangat percaya kepada kepimpinan melalui tauladan. Pengetua memang suka datang awal ke sekolah sebelum pukul 7 pagi lagi. Kemudian beliau akan meronda dan menunggu di pintu pagar sekolah dan memerhatikan gelagat warga sekolah yang masuk ke pintu pagar. oleh kerana pengetua sendiri yang berdiri di pagar, maka semua AJK Guru yang bertugas untuk sambutan di pintu pagar akan malu alah dan cuba untuk berada di pintu pagar sebelum boss sendiri yang bergerak dahulu ke pintu pagar.

Di sekolah ini, giliran untuk sambutan pelajar di pintu masuk sekolah dibuat mengikut rumah sukan masing - masing dari bulan ke bulan. Oleh itu setiap rumah sukan akan bergilir menjaga di pintu pagar bagi dua bulan sahaja. Itu pun ada ketua rumah sukan yang membuat giliran di pintu pagar sekolah bagi ahli- ahli rumah sukannya. Guru perlu bertugas dari masa 7.00 pagi dan adakalanya guru bertugas sambutan mengalukan kehadiran pelajar  lewat hadir pukul 7.10 pagi pun terus ke pagar hingga 7. 30 pagi sahaja sebelum bertugas di pintu pagar diserahkan kepada guru disiplin yang mengawasi pelajar lewat ke sekolah. 




Pengetua memang suka menyambut pelajar di pintu pagar walau berjerebu

 

Telegram Channel