24 November 2013

Tabahkan Hati

Redha dengan kehilangan
Semoga tabah meniti kehidupan
Tanpa orang tersayang


Teringat masa raya haji lepas saya menulis blog dgn tajuk Salam Pengorbanan. Mengenai exstudent saya iaitu Azfar agar dapat melangkah lebih jauh dalam bidang akademik  dan berjaya agar dapat membalas jasa ibunya seorang ibu tunggal yg byk berkorban untuk membesarkan dan memberikan yg terbaik buat anak anak. Minggu ni adalah minggu yg memberikan ujian yg sangat hebat untuk Azfar. Menerima mesej dari Azfar pada Selasa lepas mengenai kesihatan ibunya yg semakin tenat di hospital akibat leukimia membuatkan hati saya sayu. Sejak ibunya masuk hospital 2 minggu lepas..Azfar mesej memaklumkan kesihatan ibunya. Pada hari Selasa lepas, saya meluangkan masa untuk menziarahi di bilik pengasingan ICU di HUKM. Kelihatan ibunya memang sangat lemah dan tidak sedar. Hari Jumaat, Azfar memaklumkan jantung ibunya yg semakin lemah dan hanya doa yg saya titipkan. Pada hari ini memang ajal dah tertulis..ibunya meninggal dunia..al - fatihah. Hanya mesej agar dia tabah meneruskan perjalanan hidup yg masih jauh dan akan sentiasa cuba membantu bila bila masa untuk bantuan dan sokongan. 

Pada ketika ini, saya sedang membantu Azfar menguruskan dokumen untuk permohonan ke universiti di Amerika. Oleh sebab itu kami kerap berhubung semula dari bulan lepas. Kali terakhir berjumpa dengan ibunya sewaktu Majlis Anugerah Cemerlang yg lepas sewaktu Azfar menerima Anugerah Pengetua. Ibunya sendiri yang berjumpa saya dan ingin bergambar dengan saya sebagai tanda kenangan. Ibunya mengucapkan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar kpd anaknya selama bersekolah di sini. Ibunya kelihatan ceria sangat ketika ini. Kami kerap berjumpa sama ada di sekolah atau di luar sekolah..dan oleh kerana Azfar merupakan pengerusi PRS dan byk projek yg dijalankan di UBK maka dengan sendirinya terjalin hubungan dgn ibunya. Saya sedar ujian ini sangat berat untuk pelajar yang baru ingin belajar berdikari...saya juga berharap pelajar ini mempunyai semangat yg kental..tidak jatuh dan semoga Allah permudahkan urusannya
.
 

Telegram Channel