Total Pageviews

20 December 2013

Congrate Permata Mentor Mantee PMR 2013

Menahan dingin pagi hari
Di dalam keretapi Senandung Langkawi
Dari Bagan Serai ke Kuala Lumpur
Semoga sempat attend meeting
Pukul 8.30 pagi nanti

Semalam merupakan hari keputusan PMR diumumkan. Tahun ni pihak sekolah menerima keputusan PMR yang mengembirakan kerana
# 12 orang berjaya memperolehi keputusan yg cemerlang STRAIGHT A. 
# 3 pelajar mendapat 8A 1B. 
# 8 pelajar mendapat 7A
# 7 pelajar mendapat 6A

Seramai 32 pelajar mantee mendapat result 6A ke atas. Sasaran kami melepasi target.
Sebagai penyelaras projek permata mentor mantee sekolah setiap kali keputusan PMR keluar saya juga berdebar menunggu keputusannya. Selain dari keputusan peningkatan peratus sekolah yg ingin ditingkatkan saya juga fokus kepada keputusan PMR setiap mantee yg terlibat. Ini penting kerana kami perlu menjalankan post mortem untuk dibuat penambahbaikan. Penting untuk saya memberikan gambaran sebenar mengenai program permata mentor mantee ini kerana terdapat ibu bapa yang tidak berpuas hati apabila anak mereka tidak terpilih. Ada yang merungut mengapa projek ini yang dijalankan padahal pelajar sudah mencapai tahap yg baik apabila terpilih untuk projek ini. Sepatutnya pihak sekolah lebih memilih pelajar lemah untuk dijadikan sasaran dan membantu mereka. Pada asalnya projek ini adalah projek UBK untuk kaunseling berfokus pelajar cemerlang. Ini kerana kebiasaanya program dirancang untuk pelajar sederhana lemah dari aktiviti kurikulumnya hingga program motivasi. Setiap panitia mempunyai strategi sendiri untuk merancang peratus peningkatan gred panitia mereka yang melibatkan semua pelajar kelas peperiksaan. Pelajar dilibatkan dengan kelas tambahan atau kelas pengayaan bagi mata pelajaran yang terlibat. Ini bermaksud bukan bermakna jika pelajar tidak terlibat dengan projek permata mentor mantee mereka akan diabaikan terus dan pihak sekolah hanya merancang program untuk permata mentor mantee. Ini satu andaian yang salah!  Walaubagaimanapun projek permata mentor mantee ini menjadi projek yg agak besar bila nazir meminta ditambah menjadi 50 untuk pelajar PMR dan 50 untuk SPM.
Ibu bapa tidak berpuas hati apabila anak mereka tidak terpilih untuk projek ini. Suka saya ingatkan disini bahawa setiap panitia dalam kelas mempunyai strategi mereka sendiri dari pelajar kategori cemerlang sehingga lemah. Itu merupakan projek panitia. Projek permata mentor mantee menjadi glamour kerana pelajar diperkenalkan di khalayalak warga sekolah di tapak perhimpunan dan memakai lencana khas yang disampaikan oleh tuan pengetua. Pelajar mendapat mentor untuk mensasarkan mereka mendapat A bagi mata pelajaran. Pelajar terpilih berdasarkan kedudukan mereka dari kedudukan 1 hingga 50 sewaktu peperiksaan akhir tahun tingkatan dua. Keputusan akademik mereka bukan ditahap yang cemerlang tetapi perlu digilap dan dibimbing.
Perjumpaan mentor dengan mantee adalah secara komitmen bersama. Perlu diingatkan yang projek ini tidak melibatkan peruntukan kewangan dan komitmen guru atas dasar sukarela. Tiada peruntukan mahupun dari PIBG yang digunakan untuk memberi guru guru sagu hati atas bimbingan tambahan yang diberikan. Oleh itu tindakan  ibu bapa yang mempersoalkan projek ini di dalam surat khabar menyebabkan pihak sekolah terkilan. Jika sumbangan kewangan yang dipersoalkan kepada PIBG , projek kelas tambahan atau nota tambahan memang dijalankan di dalam kelas oleh panitia menggunakan peruntukan sumbangan kepada PIBG. Oleh kerana saya merupakan penyelaras bagi projek ini maka saya perlu memberi respon kepada KPM. Saya sangat berharap agar ibu bapa lebih memahami aspirasi sekolah dengan hadir dalam perjumpaan yg diadakan antara ibu bapa dan guru serta mendapatkan penjelasan sebenar dari pegawai yang terlibat.

No comments: