Total Pageviews

17 January 2014

Psiko - Numerologi

Welcome to Putrajaya !


Kursus hari ni di Putrajaya mengenai Preview Program Psiko - Numerologi oleh Prof Madya Dr Mohammad Aziz Bin Mohamed Arip dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, UPSI.  Satu ilmu baru yang menarik minat saya dari mula hingga akhir.

Psiko - Nemorologi merupakan satu kesinambungan daripada kaedah numerologi yang telah mengalami pembaharuan dan penambahbaikan. Kaedah penafsiran yang lebih menyeluruh yang melihat kepada pemikiran, perasaan, tingkahlaku dan gaya perhubungan. Psiko - Numerologi juga menggabungkan fahaman psikologi, kaunseling, metafizik dan numerologi dalam satu modul kreatif ke arah pembinaan karakter individu.

Secara asasnya sains metafizik merupakan falsafah yang tidak dapat dilihat secara pancaindera. Numerologi pula merupakan bidang yang mengaitkan nombor dalam kehidupan manusia. Psikologi ialah bidang sains yang mengkaji mengenai tingkahlaku manusia secara luaran dan dalaman meliputi  fikiran, perasaan, tingkahlaku dan fisiologi manusia. Kaunseling pula didefinasikan sebagai profesion menolong yang diwujudkan bagi melakukan intervensi kepada mereka yang memerlukan bantuan meliputi aspek pemikiran, perasaan, dan tingkahlaku dalam konteks pembangunan kendiri dan sebagainya. 

Kursus hari ini saya mempelajari konsep pengiraan dan pengekodan yang diaplikasi dalam modul bersepadu psiko numerologi yang mana hanya pentafsiran asas sahaja yang diambil sebagai rujukan untuk diperkembangkan dan disesuaikan dengan konteks psikologi dan kaunseling daripada bidang numerologi itu sendiri.

Menarik mengenai 9 dasar
1) Tidak semua tafsiran yang kita dapat bertepatan dengan diri kita.
2) Berpegang kepada your real self not your ideal self.
3) Meringankan proses mengenali diri sendiri
4) Lakukan sesuatu untuk kebaikan jika gerak hati mengatakan ya
5) Kita yang menentukan dan membina sendiri nasib dan takdir dan kita yang menguasai minda kita
6) Kita yang memilih sendiri perlakuan keseluruhan kita, pemikiran, tindakan, perasaan dan fisiologi
7) Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda pilih untuk percaya, lakukan dan apa yang anda pilih untuk jadi.
8) Nasib anda berada di dalam genggaman anda sendiri. Berhati - hati membuat keputusan dan pilihan untuk mempercayai sesuatu.
9) Tafsiran kaedah ini gunakan Teori Realti atau Teori Pilihan Terapi Realities CTRT.

Bab ni paling best ...kami try our date of birth to try this modul.
Saja nak kenal diri.

Saya dominan mempunyai teras 9 dengan keyword Kemanusiaan, Kejayaan, Aset dan Pengorbanan
yang menunjukkan pandai public relation, bergaya wah..wah, penyayang, ikhlas, ada sifat kepimpinan, bijak, tarik simpati orang tua, berbakat, sensitif. Almost majority ciri umum ini padan dengan saya.

Saya mewarisi  teras 3 dari genetik ayah dengan keyword Aktif/ Agresif/ Bergembira 
yang paling padan dengan saya ialah ciri cepat siapkan kerja walaupun ada yang tak sempurna huhu.., suka mengarah, bersemangat, kreatif, agresif, mudah berkawan, popular :) . Kelemahan kat teras ni yang padan ialah terburu - buru...hmmmm..iyela.

Orait ada nombor 1 dan nombor 4 dalam matriks nombor tu menunjukkan ada ciri -ciri umum dalam nombor tu jugak yang sepadan dengan kita. Mari tengok

Nombor 1 kunci kata Berdikari/ Pencapaian/ Bersendirian/ Sunyi.
Orait ciri yang padan ialah bijak, pemimpin semulajadi, banyak idea, berani, berdikari, positif. Kelemahan yang ketara kat sini terlalu berterus terang yang ni bab kerja dan berkawan ..yes! Bab peribadi memang tidak la. Bersendirian dan sunyi memang no! no! no!

Nombor 4 kunci kata Berkhidmat/ Ilmu/ Merancang
Orait yang padan ialah tidak mudah putus asa, berjiwa kental, suka belajar ilmu baru dan pandai plan, rajin, Satu kelemahan yang ketara pada saya di nombor ni ialah..sukar simpan duit cash..hehe.. tapi Dr Aziz betul part sebab suka labur duit dan beli aset.

Bakat terpendam nombor 2 as a motivator or speaker ..ye..betul !

Nombor yang menyokong ialah nombor 5 dan 6. Ini bermakna ada ciri di nombor tersebut yang menyokong personaliti kita. Mari check part mana sokongan yang padan
Nombor 5 kata kunci ialah Kebebasan/ Mencari Arah/ Berani
Paling sepadan workaholic.Yang sipi sipi sepadan berani ambil risiko dan berfikiran jauh. Yang lain memang tak kena la..pemimpin keras kepala, berpangkat tinggi, bercitarasa tinggi, minat berniaga, berkira, suka bertangguh

Nombor 6 kunci kata Keseimbangan/Tanggungjawab/Cinta dan Wang
Ciri - ciri umum di sini ialah materialistik, berfikir tentang menjana duit, citarasa mewah dan mudah teruja dengan kesegakan atau keanggunan atau materialistik dalam percintaan. berdikari, mahu menguasai, tidak mementingkan diri, suka duduk rumah, bijak, jujur, berperikemanusiaan, penyayang, tamak, mementingkan keluarga. Orait sokongan yang paling padan ialah penyayang ..only that sentence describe all dan sama dengan teras 9.


Orait nombor 7 dan 8 takda dalam matriks mahupun menyokong; Meh check kenapa... okey betulla tu.. kata kunci sahaja dah tak dominan dengan personaliti diri dan kerja. setakat satu dua trait je yang cam sama dengan teras 9,3,4,1 dan 5.

Nombor 7 kunci kata Analisis, Memahami Kawan/ Pengikut
Ciri - ciri umum seperti suka bertelagah, popular, pemalu, kemasyuran, tarik penyokong, cerewet, suka berfikir, suka bertelagah, moody, suka asingkan diri, analitik, kekuatan kerohanian.

Nombor 8 - Kunci kata Autonomi/ Materialistik/ Tanggungjawab/ Tekanan
Bertanggungjawab , pendiam tapi ramai kawan, boleh dipercayai, suka kebebasan dan kuasa, keras kepala, ada sifat kepimpinan, suka terurus dan kemas, suka membantu dan baik hati, gila wang, ego, mudah tertekan, kekuatan deria ke 6.

Kursus psiko-numerologi ni ada lagi lanjutannya dan bengkel khas akan diadakan bagi yang berminat. tengok tajuk modul jer cam best.  Can't wait for the next workshop yang entah bila.







3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih..Mohon hebahkan
PENSIJILAN PSIKO-NUMEROLOGI - Tahap 1
Pertama di DUNIA menggabungkan Intervensi Psikologi dan Aplikasi Matrik dalam Pembangunan Karakter

SIRI 7: 7 dan 8 Okt. 2015
Tempat: MPWS TRAINING CENTER, SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Bersama Pengasas;
PROFESOR MADYA DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP
UNI. PEND. SULTAN IDRIS (UPSI)
Founder/ Master Trainer / Psycho-Numerology

SESIAPA SAHAJA BOLEH MENGUASAINYA;
• Pertama mengaitkan konsep atom, tenaga, gelombang, quantum, matrik dan psikologi dalam pembangunan karakter
• Mentafsir personaliti, fikiran, emosi dan tingkahl aku dalam masa 2 minit
• Menerokai potensi terhebat yang tersembunyi dalam masa 2 minit
• 40 intervensi psikologi berdasarkan keserentakan 9 karakter matrik individu yang unik dan berkesan (Pengisian utama PSN - Tahap 2)
• Modul Psiko-Numerologi telah diuji dan mempunyai ketepatan, kesahan dan kebolehpercayaan melebih 80%
• Psiko-numerologi meningkatkan kewibawaan dalam sesi ceramah, motivasi, bimbingan, psikologi dan kaunseling dengan kaedah yang sangat unik dan efektif dalam menarik klien

YURAN PENYERTAAN
(Pensijilan, Nota, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang. Tidak termasuk penginapan)
Tunai/Cek/Bank Transfer: RM 800.00 Bayaran Local Order (LO): RM 900.00
Bayaran kepada:
HUMAN SPECIALIST RESOURCES. No Akaun MAYBANK BHD: 51220 4219350

Pertanyaan dan maklumat lanjut;
PM Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (019-3388799)
Ernie Derwina (019-5690786) Farahana (019-5507150)
Email : nlp.positive@gmail.com
FB Pages: NLP Positive Consultant (Muat Turun Borang)
FB Pages: Dr Mohammad Aziz Shah (Muat Turun Borang)

PM Dr Aziz Shah said...

PENSIJILAN
PSIKO-NUMEROLOGI - Tahap 1
Pertama di DUNIA menggabungkan Intervensi Psikologi
dan Aplikasi Matrik dalam Pembangunan Karakter

SIRI 7: 7 dan 8 Okt. 2015

Tempat: MPWS TRAINING CENTER, SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Bersama Pengasas;
PROFESOR MADYA DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP
UNI. PEND. SULTAN IDRIS (UPSI)
Founder/ Master Trainer
Psycho-Numerology

SESIAPA SAHAJA BOLEH MENGUASAINYA;
• Pertama mengaitkan konsep atom, tenaga, gelombang, quantum, matrik dan psikologi dalam pembangunan karakter
• Mentafsir personaliti, fikiran, emosi dan tingkahl aku dalam masa 2 minit
• Menerokai potensi terhebat yang tersembunyi dalam masa 2 minit
• 40 intervensi psikologi berdasarkan keserentakan 9 karakter matrik individu yang unik dan berkesan (Pengisian utama PSN - Tahap 2)
• Modul Psiko-Numerologi telah diuji dan mempunyai ketepatan, kesahan dan kebolehpercayaan melebih 80%
• Psiko-numerologi meningkatkan kewibawaan dalam sesi ceramah, motivasi, bimbingan, psikologi dan kaunseling dengan kaedah yang sangat unik dan efektif dalam menarik klien



YURAN PENYERTAAN
(Pensijilan, Nota, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang. Tidak termasuk penginapan)
Tunai/Cek/Bank Transfer: RM 800.00 Bayaran Local Order (LO): RM 900.00
Bayaran kepada:
HUMAN SPECIALIST RESOURCES. No Akaun MAYBANK BHD: 51220 4219350

Pertanyaan dan maklumat lanjut;
PM Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (019-3388799)
Ernie Derwina (019-5690786) Farahana (019-5507150)
Email : nlp.positive@gmail.com
FB Pages: NLP Positive Consultant (Muat Turun Borang)
FB Pages: Dr Mohammad Aziz Shah (Muat Turun Borang)

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih atas info. Saya akan war warkan dalam group gbk wpkl dan gbk pudu.