Selamat Datang Ke UBK 2014
Selamat Datang 2014 dan kami masih bertiga. Dua orang guru kaunseling di sesi pagi iaitu saya dan Encik Padali Bin Che Mat dan seorang di sesi petang iaitu Puan Rozinani Bt Awang. So far Rozinani paling lama menjadi rakan sekerja saya hampir 9 tahun diikuti dengan Padali hampir 6 tahun. Keserasian semakin menjadi memudahkan kelancaran tugas kerana toleransi yang tinggi antara kami dan saling back up antara satu sama lain.
Kain rentang kami pasang di hadapan UBK untuk mempromosikan blog rasmi dan facebook kami kepada warga sekolah.