Total Pageviews

2 January 2014

Welcome cherasian 2014

Hari pertama sekolah 2014
Tetapkan matlamat
Kejar impian anda!!

Hari pertama sekolah dan seperti tahun tahun sebelumnya tugas saya membantu kelicinan pergerakan pelajar tingkatan empat di dewan. Ini kerana mereka belum mengetahui aliran kelas yang akan mereka masuk.

Pesanan saya:
Tahniah kepada yang memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR. Bagi yang mendapat keputusan yang biasa dan kecewa dengan result PMR anda..ingatlah bahawa result PMR bukan tiket untuk masuk ke universiti tetapi ia tiket untuk memilih aliran di tingkatan 4 yang sesuai dengan minat dan kebolehan anda! Maka peluang anda masih terbuka luas untuk membaiki prestasi akademik anda. Anda  perlu memilih aliran yang sesuai dengan minat dan kebolehan  anda berdasarkan pencapaian PMR.  Jangan bertukar aliran semata mata kerana kawan dan kononnya tidak ada geng dalam kelas yang anda duduki. Tidak semua orang memanfaatkan peluang yang ada dengan baik. Ramai yang mensia siakan peluang yang ada ...sehingga akhirnya menyesal kita terpaksa menempuh jalan yang jauh pula untuk mencapai impian kita. 
           

No comments: