Total Pageviews

17 March 2014

Farewell Pengetua Haji Juahir

Hujan di pagi hari
Bagai memahami
Terakhir hari ni
Pengetua disini

Majlis rasmi sempena perpisahan pengetua Tuan Haji Juahir Bin Mondakir. Secara peribadi saya merasakan dia seorang yg profesional dalam tuntutan bekerja. Boleh mendengar pendapat dan mengambilkira pandangan orang lain. Boleh bertoleransi jika ada kesulitan dalam hal tugas. Pengetua terpaksa berpindah ke SM Sains Selangor hanya 6 km je dari sekolah kami.
Hari ni PK HEM takda terpaksa berkursus selama 3 hari tapi sebelum tu PK HEM minta saya tolong tengokkan apa yg patut untuk persiapan majlis perpisahan pengetua. Well ada jemputan dari AJK PIBG yang mana kami perlu memastikan everything in order.
Majlis dimulakan dengan kehadiran AJK PIBG , ucapan dari pengerusi Kelab Guru, ucapan dari pengetua, acara memotong kek, acara penyampaian hadiah dan jamuan pot luck.
Di majlis ini pengetua mencipta cheer yg baru. Signifikan untuk pengetua selaku orang yg bertanggungjawab membuat penjenamaan semula untuk sek cheras dengan cherasian so antara laungan semangatnya ialah
Who we are? Cherasian!
How you are? Feel Great!
Semoga lebih sukses di tempat baru!

No comments: