10 May 2014

Larian Jubli Emas SMK Cheras

Berjalan kaki ke check point
Morning walk..jom ramai ramai

Aktiviti merentas desa dijalankan dari pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sempena sambutan Jubli Emas SMK Cheras, kami menggelarkan perjumpaan ini sebagai Larian Jubli Emas. Kehadiran pelajar sangat menggalakkan kerana hari ini adalah hari sekolah ganti dan pihak sekolah pula mengadakan peperiksaan untuk semua pelajar sesi pagi selepas larian iaitu peperiksaan Pendidikan Jasmani. Bertugas di Jalan Seluang di main junction memang sesuatu yg mencabar kerana perlu berhati hati dan menjaga lalu lintas untuk keselamatan pelajar. Tahun ni rumah Perdana jatuh merundum ke tempat ketiga which is not a good sign untuk markah keseluruhan. Ini kerana karnival permainan Perdana johan. Sukantara jatuh kedua dgn Waja. Manakala ketiga untuk merentas desa tetapi Waja kekal johan..hmmmm...susahla nak cakap.
Bergambar kat signboard Larian Jubli Emas SMKC yang mahal tu :)
 

Telegram Channel