16 May 2014

Karnival Hari Guru Kebangsaan

Feeling wonderful
When your exstudent
Drop by & wish
Selamat Hari Guru

Hari ni bawa student ke PWTC untuk menyaksikan karnival dan pameran. Bawa student PRS seramai 25 orang dan 13 orang pelajar dari kelas lain. 
Yang menariknya di sini ialah sekolah dalam hospital untuk pelajar yg menginap di wad lebih tiga hari. Guru dari KPM yg memerlukan multitask cikgu yg mengajar pelbagai subjek. 
Sekolah integriti ialah sekolah di dalam penjara untuk penghuni penjara. Guru dipinjam dari KPM tapi dbayar gaji oleh KDN. Menarik perkongsian pengalaman dari guru tersebut mengenai pelajar yg dijatuhkan hukuman memilih akademik atau kemahiran untuk meneruskan persekolahan mereka. Mereka mempunyai rekod jenayah berbanding pelajar kes Henry Gurney yg bersekolah. Guru di sekolah integriti juga perlu multitasking kerana student dimasukkan di tingkatan terakhir mereka bersekolah berbanding Henry Gurney mengikut umur. 

Sekolah Jalinan Kasih ialah sekolah untuk pelajar keciciran dan jawatankuasa guru kaunseling zon pudu plan ke sana bulan jun nanti.

 

Telegram Channel