Pagi ini untuk tingkatan 3 kami adakan slot mohon restu dari para guru. Program wajib tahunan yang dijalankan setiap kali murid menghadapi peperiksaan besar PT3. Selepas itu, kami adakan majlis solat hajat untuk murid Islam sebelum program diteruskan dengan taklimat setiausaha peperiksaan PT3 dan disiplin.
Saya memberikan penerangan mengenai psikometrik. IKP ini penting bagi murid yang menjawab terutama dalam menentukan aliran murid di tingkatan 4. Kami akan menentukan aliran murid di ting 4 berdasarkan pencapaian akademik dan psikometrik murid untuk menentukan keutamaan kepada murid yang layak berdasarkan keputusan dari kedua bidang ini. Psikometrik IMK dan psikometrik IKP akan ditafsirkan secara bersama untuk memudahkan murid memahami kecenderungan minat dan bakatnya.
Inventori Kecerdasan Pelbagai yang mempunyai pentaksiran berkaitan
Konstruk naturalis : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.
Saya memberikan penerangan mengenai psikometrik. IKP ini penting bagi murid yang menjawab terutama dalam menentukan aliran murid di tingkatan 4. Kami akan menentukan aliran murid di ting 4 berdasarkan pencapaian akademik dan psikometrik murid untuk menentukan keutamaan kepada murid yang layak berdasarkan keputusan dari kedua bidang ini. Psikometrik IMK dan psikometrik IKP akan ditafsirkan secara bersama untuk memudahkan murid memahami kecenderungan minat dan bakatnya.
IKP ini merupakan kertas tertutup untuk menguji kecerdasan pelajar dalam pelbagai bidang. Kertas terdiri dari kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 mengandungi A dan B. Kertas 1 disarankan selama 1 jam 50 minit merupakan soalan berformat objektif aneka jawapan. Bahagian A menguji verbal bahasa Melayu selama 30 minit dan verbal Bahasa Inggeris selama 30 minit. Manakala Bahagian B pula menguji Matematik selama 30 minit dan visual ruang selama 20 minit. Kertas 1 akan diserahkan kepada guru kaunseling mengikut penskoran berdasarkan kunci jawapan yang akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan perlu dimuat turun mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Kertas 2 merupakan penilaian persepsi selama 45 minit dan murid mengira skor masing- masing dengan bimbingan guru. Soalan berformat dwipilihan respon iaitu Ya dan Tidak.
Jumlah jawapan yang dijawab betul dalam kertas 1 dan jumlah jawapan ya dalam kertas 2 ditukar ke bentuk peratus dan dipindahkan ke borang rumusan skor. Kecuali bagi konstruk kecerdasan ruang visual, skor kertas 1 dan kertas 2 perlu dijumlahkan dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus.
16 / 10 / 2015 / SELASA
|
TEMPAT
|
|||
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI
|
SEMUA KELAS TINGKATAN 3
|
KELAS MASING-MASING
|
||
Pengurusan
|
7.30 pagi – 7.45
pagi
|
15 MINIT
|
||
Kertas 1 -
Bahagian A
|
7.45 pagi – 8.45
pagi
|
1 JAM
|
||
REHAT (Dalam
Kelas)
|
8.45 pagi – 9.00
pagi
|
15 MINIT
|
||
Kertas 1 -
Bahagian B
|
9.00 pagi – 9.50
pagi
|
50 MINIT
|
||
Pengiraan Skor
|
9.50 pagi – 10.10 pagi
|
20 MINIT
|
||
REHAT
|
10.10 pagi –
10.30 pagi
|
|||
Kertas 2
|
10.30 pagi –
11.15 pagi
|
45 MINIT
|
||
Pengiraan Skor
|
11.15 pagi –
11.30 pagi
|
15 MINIT
|
Inventori Kecerdasan Pelbagai yang mempunyai pentaksiran berkaitan
Apakah itu verbal linguistik?
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.
Apakah itu verbal ruang?
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual.
Konstruk visual ruang : Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif.
Konstruk muzik : kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.
Konstruk naturalis : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.
Kinestetik :
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.
Interpersonal
Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan , fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.
Intrapersonal
kecerdasan ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan boleh menilai diri sendiri. Orang ini dapat mengenali diri sendiri secara lebih mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap kebaikan dan kelemahan diri masing-masing. kebolehan ini memberi keyakinan yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat pada diri mereka. Mereka pandai menetukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta berdikari. Orang ini menyukai belajar secara sendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Mereka memiliki kepekaan terhadap perasaan dan situasi yang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat yang diperlukan.
Eksistensial
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang sedang berkembang
Good luck student!
1 comments
Terima kasih atas perkongsian puan.