3 June 2014

Sistem fail spsk 2014

Selamat pagi
UBK SMK Cheras

Isnin cuti sekolah tapi pergi sekolah nak tengok apa yang patut supaya buka sekolah tak kelam kabut. Dah menjadi satu rutin jika cuti sekolah mesti pergi sekolah juga bukannya ambil full cuti sekolah dengan tidak menjenguk langsung UBK. Anak -anak pun akan ikut ke sekolah masa ni jela yang mereka boleh ikut pun ke tempat kerja ibu  dan bawa buku kerja sekolah masing-masing dan berlakon cikgu cikgu di papan tulis.

Dahla pemantauan buka sekolah nanti. Hari ni nak uruskan sistem fail lama ..tutup dan buang fail yang tidak digunakan. Sejak sekolah diwajibkan guna sistem fail spsk rasa lemah jer nak start buat sistem fail. Sepanjang hampir 14 tahun ni asyik kena rombak je. Rasanya dah lima  kali. Numbering berubah fail berubah. Tetiba nak guna sistem lain semuanya berubah dari fail putih ke fail keras, nak refer sekolah yg pernah buat spsk pun tak sure nak ambik mana satu. Lain sekolah lain stail. So mari duduk diam diam..buat sorang sorang..create apa yang patut..buang apa yang patut nanti AJK follow je. Sedar tak sedar pukul 3 dah. Huhuhu padahal proses buang dan sisih je hanya 5 fail baru wujud. 
 

Telegram Channel