6 June 2014

Kursus Psikometrik PT3

Dipanggil berkursus
Waktu cuti umum
Apa kata anda?

 Saya ingatkan surat saya salah tarikh kerana cuti umum ketika ini. Rupa-rupanya betul! Isu PT3 ni betul betul memberikan tekanan kepada Lembaga Peperiksaan sehingga taklimat diadakan pada tarikh yang tidak sesuai iaitu cuti sekolah dan pada cuti umum which is ramai yang dah balik kampung dan ke mana -mana kerana mendapat surat agak lewat sewaktu cuti sekolah bermula. Kebanyakan mengeluh kerana telah membuat perancangan awal pergi merata -rata dan ada yang dah melancong dan dipanggil. Sebagai pengerusi guru kaunseling, saya menelefon sendiri pihak LPM untuk memaklumkan mengenai isu tersebut tetapi pegawai tersebut memohon maaf kerana tiada tarikh lagi yang sesuai. Kuala Lumpur terpilih pada tarikh yang memang tidak sesuai maklumlah kebanyakan guru bukan anak jati KL dan balik kampung memang menjadi agenda utama sewaktu cuti sekolah dan cuti umum. Jika dimaklumkan lebih awal, saya rasa semua orang bersedia untuk mengatur perancangan dan jadual masing-masing sama ada mencari pengganti bagi guru kaunseling lain. Saya sendiri ..dari empat guru kaunseling yang ada di sekolah hanya saya sahaja yang kebetulan available dan masih berada di Kuala Lumpur ketika ini walaupun kursus ini sepatutnya guru kaunseling lain yang hadir mengikut agihan bidang kerja yang telah kami buat di awal tahun. Jadi saya sangat memahami bila yang lain terpaksa membatalkan cuti, terpaksa balik semula dari kampung, terpaksa membatalkan tiket kapal terbang kerana gagal mencari pengganti walau partner masing -masing di sekolah sendiri. Oleh sebab saya tidak bermasalah untuk menghadiri kursus ini, maka minda dan fizikal saya sangat ready untuk menerima input kursus ini.

Awal perjumpaan lagi pada pukul 3.00 petang, penyelaras memohon maaf di atas segala kesulitan kami. Slot malam lebih kepada penceramah memberikan idea bagaimana ujian psikometrik ini penting untuk PT3. Lebih kepada pengenalan kursus. Yang penting untuk esok akan diterangkan dengan lebih lanjut cara mentadbir ujian psikometrik.

 

Telegram Channel