4 June 2014

Mesyuarat JK Menangani Histeria JPWPKL

Throwback Perth 2012
We have same brainwave
My bff  and I  :)

Hari ini mesyuarat AJK Menangani Histeria peringkat JPWPKL. Dari list AJK yang perlu hadir bersama list pegawai JPWP dan PPD hanya 10 guru kaunseling yang terlibat dengan SST..saya pun tertanya projek apa yg perlu dibuat ni. Melangkah masuk ke bilik mesyuarat terkejut bila pengerusi mesyuarat adalah pengarah JPWPKL sendiri iaitu En Abdullah. So this is the first time saya attend mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah sendiri yg menunjukkan projek ini adalah projek yg diambil berat oleh tuan pengarah. Bagi projek menangani histeria ini, satu flying skuad akan ditubuhkan seramai 40 orang dan perlu menjalani kursus selama 4 hari 3 malam di luar Kuala Lumpur. Pengarah menekankan mengenai kesediaan dan persiapan minda untuk menggunakan kekuatan minda bagi meningkatkan self esteem pelajar. Ujian DASS yang telah dijalankan di sekolah akan digunakan untuk menilai sejauhmana pelajar depress di sekolah dan mengenal pasti pelajar yang terlibat dengan kes histeria adalah pelajar yang stress dan depress. Tuan pengarah meminta agar pasukan flying skuad ini terdiri dari ahli yang komited dengan tugas, seorang yang berani dan mudah untuk bergerak apabila diperlukan.
 

Telegram Channel