1 September 2014

Kajian Jejakan Pelajar SPM 2012

September
Travel sana sini

Projek terkini yang perlu disiapkan oleh guru kaunseling Malaysia sebelum 4 September. Taklimat disampaikan kepada PK HEM oleh JPN tetapi oleh sebab sekolah kami PK HEM tidak pergi tetapi yang hadir ialah partner kami Raudah so kami dapat info yang telus. Tinggal 3 hari nak menyiapkan rekod ni. Taklimat diberikan Jumaat petang dan sekolah bercuti 3 hari sempena merdeka. Sebenarnya rekod ni berguna untuk mengetahui ke manakah arah kedudukan bekas pelajar sekolah ini. Eprd perlukan data ini untuk pelan strategik kementerian pengajian tinggi. 
Tetapi oleh kerana kami tidak pernah menyimpan data alumni ini maka ia menjadi satu kesulitan. Maka lepas ni kenalah kami beringat untuk mewujudkan data ini untuk mengetahui ke manakah semua pelajar tingkatan lima berada. Berguna untuk mengetahui trend ke manakah pelajar pergi sama ada untuk kelas sains, kemanusiaan atau vokasional. Ini memudahkan kami juga untuk memberikan input yg sesuai dengan sasaran pelajar bagi projek kerjaya yang akan datang.

 

Telegram Channel