Total Pageviews

4 November 2014

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia


Alhamdulillah sihat sepenuhnya


Sempena pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia hari ini peringkat kebangsaan,  saya mengadakan aktiviti bacaan senyap dan menulis sinopsis atau menceritakan mengenai buku yang dibaca kepada rakan yg lain.
Aktiviti ini diadakan agar dapat mengekalkan momentum pembelajaran pelajar selepas peperiksaan dengan pelbagai aktiviti yang disarankan. Oleh sebab itu, program selepas PT3 ini semua aktiviti yang saya draf dalam kertas kerja dalam entri sebelum ini yang melibatkan Kem Membaca 1Malaysia adalah antara aktiviti untuk projek ini.

Aktiviti seterusnya selama dua jam dikendalikan oleh panitia seni mengenai pertandingan poster bertajuk Pendidikan Komuniti Asean. Tajuk yang diberikan sebagai salah satu aktiviti di bawah Pendidikan Komuniti Asean untuk dipromosikan kepada pelajar agar dapat memupuk semangat mengenali negara Asean yg berjiran dengan Malaysia.

Selepas rehat aktiviti dari panitia Matematik untuk aktiviti Matematik PT3 dan akhir sekali panitia Sivik mengadakan aktiviti membuat penanda buku dan menggunakan kata kata dan nilai murni. 

No comments: