Total Pageviews

12 December 2014

Travel to Cappadocia- Lake Tuz - Mausoleum Mustafa Kemal Ataturk


When nothing goes right..go left ;)

Hari ini checkout pukul 7.30 pagi dan kami dimaklumkan bahawa hari ini belon panas tidak beroperasi kerana angin yang kencang dan cuaca tidak begitu baik. Kami memang bernasib baik kerana dapat menaiki belon panas ini semalam. Destinasi pertama kami hari ini ialah terus ke Hanem Art Centre. Barang kemas turqoise warna biru. Biru turqoise warna bertuah bagi orang Turki. Yang menariknya tempat ini mengajar bagaimana membezakan turqoise Turki yang asli atau tidak. Batu turqoise Turki apabila dipotong mineral di dalam batu itu juga berwarna biru berbeza dgn batu turqoise yg lain yg biasanya kosong atau tidak berwarna. Cuci mata sahajalah di sini ye sebab membeli barang kemas tiada dalam senarai saya. :(
Cuaca hari ini memang menduga fizikal. Kesejukan dengan angin yang bertiup.


                        

Kami berhenti sekejap di satu tempat untuk berfoto. Cappadocia memang cantik dengan pemandangan visual yg memukau. 





Sempat singgah di sini untuk mengambil gambar sahaja


Destinasi seterusnya ialah Lake Tuz.
Gambar di bawah pemandangan di lake Tuz iaitu tasik kedua terbesar di Turki dan merupakan sumber garam kepada pasaran tempatan. Kedai - kedai di sini menjual pelbagai produk berasaskan garam untuk dibeli.
Cuaca yang mendung dengan hujan renyai renyai menyebabkan kami tidak dapat menahan kedinginan untuk bergerak menghampiri tasik tersebut.





Orait kemudian kami bergerak ke Makam Mustafa Kemal Atarturk. Pada ketka ini, hujan mula turun dan kami tidak perlu melalui pemeriksaan seorang demi seorang oleh tentera. Kami dibenarkan masuk terus ke makam. Di beri masa hampir sejam menziarahi makamnya dan melawat bangunan yang menempatkan pelbagai sejarah dan kisah hidup sepanjang pentadbirannya di Turki. Saya rasa pengalaman yang paling tidak dilupakan di sini ialah saya memandang sahaja pengawal keselamatan yang berjaga di sini yang seumpama patung tidak bergerak langsung! Saya sempat bergambar dengan dua pengawal di situ dan kagum betul macam mana mereka boleh menahan diri berdiri seperti patung macam itu. Abaikan penampilan saya yang agak serabai tu..perjalanan dari Cappadocia menuju ke Istanbul memang meletihkan...dengan hujan yang turun tetapi oleh kerana posing punya pasal baju hujan dan payung diketepikan hahaha. Senibina makam ini memang cantik untuk diabadikan dalam foto ..bukan dalam memori semata - mata.



Luar bangunan makam
Makam Mustafa Kemal Attartuk



No comments: